ORANG kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Situasi itu sesuai dikaitkan dengan keselamatan nyawa ketika memandu kenderaan.

Tidak hanya bersangkut-paut dengan teknik pemanduan yang betul dan mengikut undang-undang, pemeriksaan berkala ke atas kenderaan juga perlu diambil kira.

 

Baca juga: Jangan cuci dulu tangkap gambar berikut 5 tip buat tuntutan insurans kenderaan selepas banjir

 

Pendekatan sebegitu secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan tidak diingini termasuk menanggung kos yang tinggi untuk dibaiki.

Bukan sahaja dapat melindungi keselamatan pemandu dan penumpang, malah ia turut dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya lain.

Justeru, kepada anda semua, berikut LIMA hal asas yang perlu diambil kira sebelum memulakan pemanduan khususnya melibatkan perjalanan jarak jauh ditambah cuaca tidak menentu sekarang:

1. Tayar

Periksa keadaan permukaan tayar dan tekanan mengikut kesesuaian yang ditetapkan. Perkara ini penting kerana tayar akan mudah retak atau pecah jika tekanan udara yang tidak tepat. Permukaan tayar harus tidak haus atau tidak memiliki bunga tayar.

PEMERIKSAAN berkala ke atas kenderaan perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang boleh mengganggu pemanduan.

2. Brek pad

Pemeriksaan terperinci perlu dibuat jika secara tiba-tiba brek mula mengeluarkan bunyi bising. Tahap ketebalan pelapik brek pad perlulah sekurang-kurangnya 2 milimeter.

Jika kurang daripada ketebalan itu, bahagian hujung klip akan bergesel dengan piring brek (brek disc) sehingga mengeluarkan bunyi bising.

Sekiranya masalah brek tidak diatasi dengan segera, piring brek akan calar dan terbakar. Situasi tersebut akan menyebabkan berlaku gangguan terhadap sistem brek.

3. Tali sawat pemasaan (timing belt)

Iklan

Pemasangan tali sawat pemasaan seharusnya tidak boleh longgar atau haus. Bunyi bising atau nyaring pada bahagian enjin memberi isyarat bahawa tali sawat pemasaan longgar atau perlu dibuat pemeriksaan.

4. Penapis udara

Antara hal yang diperlukan untuk pemanduan lancar ialah dengan periksa bahagian penapis udara setiap kali mencecah 20,000 kilometer (km). Penapis udara tersebut digunakan bagi menapis udara luar yang masuk ke bahagian injektor kenderaan.

5. Bateri

SENTIASA memeriksa keadaan tayar sebelum memulakan pemanduan sama ada jarak jauh atau dekat.

Bateri kenderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu sel kering dan basah. Cara untuk mengenal pasti jenisnya adalah dengan cara melihat pada bahagian permukaan bateri.

Iklan

Bateri basah mempunyai tempat penutup mengisi air suling yang perlu dibuat pengisian semula cecair tersebut dalam tempoh dua tahun sementara kering pula tidak.

Pada kebiasaannya, jangka hayat bateri boleh bertahan sekitar dua tahun atau lebih. Kekuatan bateri bergantung kepada harga, jenama dan jenis.

Jadi ringkasnya hati-hati dalam pemanduan dan peka terhadap perubahan pada kenderaan.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram