Isteri bekerja, suami urus anak di rumah hilang keberkatan rezeki? Ini penjelasan agamawan

PADA hari ini, menjadi satu kelaziman apabila suami dan isteri saling bekerja bagi menyara kehidupan bersama.

Tambah lagi jika mereka yang mempunyai anak, maka sudah tentu banyak komitmen yang perlu dilunaskan seperti kelengkapan rumah, keperluan diri, hutang, bil air, elektrik, sewa rumah dan seumpamanya.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, daripada Aisyah R.Anha, katanya yang bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang perempuan mukminah juga turut solat Subuh bersama Nabi SAW. Mereka solat dengan berselimutkan kain-kain mereka. Kemudian setelah solat, mereka pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan tiada sesiapa pun mengenali mereka.” – Riwayat al-Bukhari (372)

“Sayyid Qutb dalam tafsirnya menyebutkan: Suruhan supaya kaum wanita tetap berada di dalam rumah tidak bererti mereka tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali. Ayat yang di maksudkan adalah tempat sebenar bagi mereka adalah di rumah, manakala selain daripada tu adalah suatu bentuk pengecualian yang diberikan apabila ada keperluan dengan kadar-kadar tertentu. Rumah adalah satu-satunya tempat yang menjamin nilai-nilai kewanitaan terpelihara seperti yang dikehandaki ALLAH SWT. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 5/ 2859-2860)

“Dr. Abd Wahid Wafi di dalam al-Muwasat fi al-Islam menyatakan akan keharusan wanita berkerja di luar rumah ataupun mengerjakan kerja-kerja sosial dan kebajikan yang dia sendiri mampu untuk melakukan sesuai dengan sifat kewanitaannya dengan syarat penglibatan tersebut tidak menimbulkan fitnah dari segi akhlak dan sosial.

Baca juga Batal solat sujud atas telekung sendiri, wanita wajib tahu kena ulang sembahyang

Generate by Midjourney

“Maka untuk tujuan itu, wanita seharusnya menjaga diri dengan mematuhi segala ketetapan hukum sepertimana yang dikehendaki Allah SWT seperti tidak berpakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan juga tidak bergaul secara bebas. Apa yang paling penting ialah penglibatannya itu tidak menganggu tugasnya yang hakiki iaitu, rumah tangga, suami dan anak-anaknya. (Lihat al-Muwasat fi al-Islam, hlm 46-49),” jelasnya.

Ujar Dr Zulkifli, hukum wanita bekerja sementara suami di rumah menjaga anak-anak adalah harus dan dibolehkan untuk wanita keluar berkerja berdasarkan garis panduan dan dhawabit berikut;

  • Niat ikhlas bekerja kerana ALLAH SWT.
  • Mendapat keizinan bapa atau suami.
  • Tidak mengabaikan tanggungjawab rumah tangga, suami dan anak-anak sekiranya telah berkahwin.
  • Tidak menimbulkan sebarang fitnah ketika keluar bekerja dan ketika pulang.
  • Tidak berpakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan juga tidak bergaul secara bebas.

Baca juga Beauty with brain, wanita ini doktor gigi pertama Orang Asli, kegigihan ibu jadi inspirasi

Oleh itu, katanya, tidak menjadi masalah untuk wanita bekerja dengan syarat menepati garis panduan di atas.

Iklan

“Dalam pada itu, si suami juga tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kerana ia kewajipan ke atas seorang suami.

“Si suami juga dinasihat cuba mencari kerja yang sesuai dengan kemampuannya agar peranannya sebagai suami dapat dijalankan dengan lebih baik,” jelasnya.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Sumber: Maktabah Al-Bakri (#3462: Isteri Bekerja Demi Menyara Keluarga)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!