PULSE oximeter ialah alat pengukur paras ketepuan oksigen dalam darah. Ia adalah peralatan yang wajib digunakan untuk memantau keadaan pesakit Covid-19.

Selain itu, oximeter juga menjadi alatan yang digunakan bagi tahap oksigen dalam darah pesakit Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), asma, pneumonia, kanser paru-paru, anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.

Mengetahui kepentingan oximeter, sudah tentu ia dimiliki ramai pada musim pandemik koronavirus ini.

Pun begitu, adakah korang pasti oximeter yang dimiliki benar-benar berfungsi dan memberi bacaan yang betul?

Baca juga Awas! Otak Pesakit Covid-19 Tidak Terima Isyarat Oksigen Semakin Kurang, Paru-Paru Terus Shut Down

Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok cara mengenalpasti keaslian alat ini. Perkongsian pengguna TikTok @glamscoot meraih perhartian warga maya.

Menurutnya, langkah-langkah untuk menguji sangat mudah, hanya menggunakan sebatang pensel.

Dua buah oximeter diuji menggunakan sebatang pensel yang diletakkan pada ruang penguji. Hasilnya, salah satu oximeter tetap mengesan pensel tersebut sebagai jari manusia dengan memaparkan bacaan ketepuan oksigen dan denyut jantung.

Sementara sebuah lagi oximeter tidak menunjukkan sebarang bacaan.

“Jadi jangan salah beli. Masukkan pensel ke dalamnya dan ruang bacaannya.

“Kalau ada data, bererti anda sudah tertipu,” katanya dalam video itu.

@glamscoot##oxymeter palsu banyak beredar♬ suara asli – glamscoot

Video seumpama itu banyak dilihat tular di media sosial di seantero dunia.

India Today Anti Fake News War Room (AFWA) dalam laporan India Today menganggap tidak masuk akal untuk mengatakan oximeter sebagai ‘scam’ atau penipuan.

Pada asasnya, oximeter mengesan tahap oksigen berdasarkan jumlah cahaya merah dan inframerah yang jatuh pada sensornya.

Sekiranya sesuatu objek diletakkan sehingga sejumlah cahaya dapat mencapai bahagian sensor, oximeter tetap akan menunjukkan bacaan. Malah ia menganggap objek tersebut sebagai jari manusia atau cuping telinga.

Baca juga Covid-19: Pesakit Yang Kuarantin Di Rumah Harus Miliki Alat Pulse Oximeter. Ini Fungsi Alat Itu

Iklan

Untuk memahami perkara ini dengan betul, kita perlu tahu bahawa fungsi oximeter asasnya mempunyai sumber cahaya dan pengesan cahaya.

Menurut British Lung Foundation, oximeter mempunyai dua lampu iaitu salah satunya lampu merah manakala satu lagi ialah satu cahaya inframerah.

Darah yang mengandungi banyak oksigen menyerap lebih banyak cahaya inframerah dan membiarkan lebih banyak cahaya merah melaluinya.

Sebaliknya, darah rendah oksigen akan menyerap lebih banyak cahaya merah dan membiarkan lebih banyak cahaya inframerah melaluinya.

Sekiranya sel darah korang tidak mempunyai cukup oksigen, ia akan kelihatan lebih biru.

Iklan

Adakah mungkin untuk menipu oximeter? Jawapannya adalah ya. Oximeter adalah alat ringkas. Ia mungkin tidak 100 peratus tepat dan hanya dapat memberi info secara kasar mengenai tahap oksigen dalam darah.

Pakar Pulmonologi dan Dada, Hospital Indraprastha Apollo, Dr Ishan Gupta berkata sekiranya objek dimasukkan dalam oksimeter dan sensor fotonya dapat mengesan cahaya, kemungkinan alat tersebut menunjukkan bacaan tetap ada.

Namun ia tidak bermaksud oximeter berkenaan rosak atau menipu. Tetapi ia berlaku disebabkan alat tersebut ‘tertipu’ dan menyangka objek itu adalah jari manusia atau cuping telinga.

Oleh itu, jelas bahawa tidak ada bukti yang menyokong fakta bahawa ada penipuan atau ‘scam’ berkaitan oximeter.

Ini kerana ia secara automatik menunjukkan bacaan ketika objek seperti pen atau pensel dimasukkan diletakkan pada bahagian penguji. Intensiti cahaya yang tersebar jatuh pada pengesan menyebabkan ia direkodkan.

Pesakit Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah perlu memantau tahap oksigen dengan menggunakan oximeter sebanyak tiga hingga empat kali sehari.

Happy Hypoxia pembunuh senyap dalam kalangan pesakit Covid-19 yang tidak bergejala. Ia amat ditakuti dan dibimbangi.

Sitiuasi tersebut berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Tahap pernafasan pesakit hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

Tidak hanya itu, pesakit akan kelihatan gelisah, kerisauan dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukaran bernafas.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: India Today, TikTok @glamscoot