BAGI peminat animasi BoboiBoy, sudah pastinya mengenali watak yang membawa tagline ‘kebenaran’ iaitu Papa Zola.

Watak Papa Zola merupakan antara watak kegemaran ramai anak-anak kecil malah turut mencuri hati peminat dewasa dalam animasi adiwira BoBoiBoy.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun baru-baru ini satu pengumuman yang dibuat syarikat Animonsta Studios membuatkan ramai bersedih kerana pembabitan watak tersebut akan digugurkan dalam karya animasi akan datang.

Setelah meraih kejayaan menerusi penerbitan filem animasi BoboiBoy: The Movie dan BoboiBoy Movie 2, pengasas dan Pengarah Urusan Animonsta Studios, Mohd Nizam Abd Razak yang juga merupakan peminjam suara bagi watak Papa Zola menerusi satu hantaran di Facebook mengesahkan perkara itu baru-baru ini.

“Selepas membaca komen dan maklum balas anda semua, dapatlah disahkan bahawa Papa Zola akan digugurkan dalam BoboiBoy Movie akan datang.

“Idea untuk mengubah Papa Zola dan Gopal pun tidak diterima. Papablo Esgopal kini bersedih,” katanya.

Perkara berkenaan turut dikongsikan di laman rasmi Facebook BoBoiBoy dan telah meraih perhatian ramai pengikut dan peminat animasi berkenaan.

Iklan

Filem Boboiboy bakal gegar pawagam Turki. Terbaik!

Rata-ratanya, melahirkan rasa sedih dan kecewa kerana adiwira yang dikenali bersikap spontan dan bersahaja itu dianggap antara tunjang utama tarikan filem animasi tersebut bakal tiada dan mereka turut membuat tanda pagar #JusticeforPapazola dalam laman sosial.

Iklan

Ujar mereka;

“Boboiboy untuk bebudak… Papazola untuk orang dewasa… #JusticeforPapazola”

“Sebab tanpa sedar Papa Zola yang hidupkan semua character yang lain. Malah BoboiBoy juga tak sekuat character Papa Zola.”

Baca juga Promosi kaw kaw jersi bola pasukan antarabangsa dan lokal sempena Minggu Lelaki Antarabangsa. Cepat-cepat grab

“Aduh papalah penyeri dan penghibur dalam BoboiBoy, lawak jenaka dia fuhhh tak pernah membosankan…”

“Sedihnya watak Papa Zolalah menguatkan lagi part yang lemah dalam movie BoboiBoy.”

“Tiada lagi kebenaran! Janganlah… kami mahukan kebenaran selamanya.”

Dalam pada itu, Nizam juga mengumumkan sudah menyiapkan naskah terbaru untuk animasi BoboiBoy Movie ini.