"Kelakuan rakyat Terengganu beri ruang Covid-19 'suka ria', kalau kebal teruskan"- Dr Nor Azimi dedah 5 punca kes meningkat

A
A
A

NEGERI Terengganu jarang menunjukkan angka tinggi kes Covid-19. Namun sejak akhir-akhir ini jumlahnya melonjak hingga tiga digit disebabkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lemah.

Bermula 17 Mei, sebanyak 201 kes dikesan di Terengganu manakala 156 kes positif membabitkan 16 kluster pula pada 18 Mei 2021.

Direkodkan Mac lalu, Terengganu antara enam negeri diisytiharkan negeri yang menjalani Peringkat Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pendedahan oleh Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus mendedahkan sikap sesetengah individu memperlekehkan SOP ditetapkan antara punca peningkatan kes dan wujudnya pelbagai kluster Covid-19 di negeri itu.

“Khas untuk warga Terengganu, dua hari berturut-turut Terengganu mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 dengan tiga digit. Esok mungkin tiga digit lagi. Seramai 14 orang sedang dirawat di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah buat masa ini.

“Bagaimanapun, kami tidak terkejut langsung kerana kelakuan rakyat Terengganu sendiri yang memberi ruang dan peluang Covid 19 suka ria di Terengganu.

Selain itu, beliau turut berkongsi kisah bermulanya lima kluster di Terengganu.

“Saya kongsi kisah kluster yang mengesahkan tiada pematuhan SOP sehingga menyebabkan penularan jangkitan Covid 19 di Terengganu berlaku dengan pantas."

Baca juga Dilarang Ziarah Aidilfitri, Muncul Pula Trend Beraya Di Mall

Kisah 1

Lepak bersama 18 orang kawan di sebuah rumah kosong di Setiu. Akhirnya 17 disahkan positif melibatkan kawan lepak dan ahli keluarga. Seramai 162 kontak rapat dikesan.

Kisah 2

Seorang dikesan positif ketika saringan masuk kerja di Johor. Semua kontak rapat famili di Dungun disaring. Akhirnya 41 ahli keluarga dan kawan disahkan positif serentak. Seramai 245 kontak rapat dikesan.

Rupanya ada beberapa buah rumah di dalam pagar yang sama. Turun naik rumah itu biasa.

Menganjurkan majlis berbuka puasa melibatkan 20 orang. Akhirnya tercetus Kluster Bukit Pauh di Dungun dengan jumlah kes positif 78 orang dan 496 orang kontak rapat.

Merebak pula ke Kuala Terengganu apabila kes tadi ada diskusi dan moreh di kedai makan. Akhirnya dua kawan dikesan positif.

Kisah 4

Masak beramai-ramai buat majlis berbuka puasa di sebuah surau di Marang. Macam-macam aktiviti dilakukan sebelum raya. Suka sungguh semua orang. Akhirnya 26 disahkan positif. Seramai 283 orang kontak rapat dikesan.

Kisah 5

Pergi mesyuarat di Kuala Lumpur. Tidak buat penilaian risiko. Masuk kerja macam biasa. Akhirnya 36 orang disahkan positif dan ribuan kontak terpaksa disaring.

Ada berpuluh-puluh kisah boleh dikongsikan untuk diambil iktibar dan mengesahkan tiada pematuhan SOP.

"SOP semua kelaut. Sebab apa?Sebab mereka tidak cakna, sambil lewa dan ‘perlekehkan’ pematuhan SOP. Semuanya dianggap rekaan dan menyusahkan.

"Kita tidak tahu status kawan semasa majlis sosial di atas. Kita hanya tahu apabila mereka disahkan positif. Akhirnya menjadi kontak rapat. Nasib tak baik kita pula disahkan positif," katanya.

Iktibarnya, jangan ambil mudah kebolehjangkitan virus Covid-19 seperti berdiskusi untuk marking paper exam, akhirnya tiga orang guru disahkan positif.

Semua kena duduk rumah

Selain itu peringatan kepada ketua agar memantau SOP PKP supaya membantu menurunkan kadar jangkitan.

“Semua pemimpin masyarakat pelbagai peringkat termasuk semua ketua jabatan sila pastikan pematuhan SOP dalam kalangan rakyat dan anggota di kawasan dan jabatan masing-masing.

“Tangguhkan semua majlis perkumpulan. Semua kena duduk rumah. Tiada guna peraturan PKP kalau masih ada yang bersuka ria. Kalau rakyat Terengganu rasa mereka kebal kepada Covid-19 teruskan aktiviti suka ria kalian.

Diharapkan dengan peringatan tersebut masyarakat khususnya rakyat Terengganu mengambil langkah berjaga-jaga mempertingkatkan kawalan kendiri dan pematuhan SOP.

Baca juga Rakyat Selangor Setuju Tak PKP Penuh? Cadangan KKM Jika Kes Covid-19 Meningkat

INFO

• PKP dilaksanakan diseluruh negara pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021

Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).

• PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.

• Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu hanya bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet, keperluan asas dan keperluan harian.

• Pergerakan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan ke daerah yang paling hampir dengan kediamannya dibenarkan sekiranya perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan itu tiada di dalam daerah tersebut.

• Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

Aktiviti di kawasan PKP

• Makan di premis atau dine-in tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.

• Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.

• Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau

penghantaran bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam.

• Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.

• Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.

• Kedai farmasi boleh beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.

• Stesen minyak boleh beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam kecuali stesen

minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.

• Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 2 petang dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

• Pasar borong boleh beroperasi dari pukul 12.01 pagi hingga 6 pagi dan 11 pagi hingga 4 petang dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

• Pasar malam boleh beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

Kerajaan Negeri boleh memperketat SOP ini bagi tujuan mengawal penularan Covid-19.

Sumber: Dr Nor Azimi Yunus via KKM, Majlis Keselamatan Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca