Kepala air ragut nyawa dua pendaki di Gunung Suku, berikut kronologi kejadian
KEPALA air amat berbahaya kerana arusnya yang kuat membawa bersama bersama kelodak dan pelbagai objek yang ada di laluannya seperti batu dan kayu.
Aliran deras ini akan merempuh apa sahaja yang ada di hadapan.
Seperti dalam kejadian di di Gunung Suku dekat Hutan Simpan Bukit Kinta, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands baru-baru ini yang meragut nyawa dua pendaki wanita.
Baca juga: Tular video kepala air, arus deras di Lata Berangin, ramai doakan penduduk di Kelantan
Melihat bekas laluan air sahaja membuatkan kita gerun. Berikut ringkasan info mengenai kejadian terbabit;
1-Dua pendaki wanita itu adalah daripada kumpulan 29 individu yang mempunyai permit yang sah untuk memasuki hutan simpan kekal berkenaan.
2-Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 30, dan Ng Yee Chew, 46, masing-msing dari Cheras dan Klang, Selangor.
3- Mangsa melakukan aktiviti pendakian bersama 27 individu lain di Hutan Simpan Kekal Gunung Suku.
4-Menurut Bernama, kejadian berlaku pada jam 5.00 pagi di mana 29 pendaki mendengar air dan tanah runtuh di di atas gunung dan mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Baca juga: Hati-hati mandi air terjun, video tular kepala air ragut nyawa dua kanak-kanak, seorang hilang
5-Namun semasa dalam perjalanan turun ke kaki bukit, kepala air menimpa kumpulan pendaki tersebut dan dua pendaki wanita tersebut dihanyutkan oleh arus deras.
5-Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Muhammad Shahrizal Aris, anggota badan mangsa yang dilaporkan hilang ditemui di bawah timbunan kayu pada jam 10.20 pagi.
6-Katanya, anggota badan berkenaan ditemukan di lokasi berbeza dari lokasi penemuan sebelah kaki mangsa.
7-Kaki bahagian kiri itu dijumpai anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) sekitar pukul 5.05 petang pada jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dihanyutkan arus deras kepala air.
Pasukan SAR sedang berusaha mengesan dua wanita yang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika sedang mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands awal pagi tadi.
Video : @bombaJBPMpic.twitter.com/szFy9pLU4j
— BERNAMA (@bernamadotcom) ?ref_src=twsrc%5Etfw">May 15, 2022
8-Anggota badan itu ditemukan di kawasan bawah manakala kaki dijumpai di kawasan air terjun iaitu di kawasan atas.
9-Dalam pada itu, Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menutup sementara kebenaran mendaki Gunung Suku.
10-Ia berikutan keadaan yang agak berbahaya pada masa ini susulan hujan lebat sehingga menyebabkan kejadian kepala air berlaku. Hasil semakan mendapati tiada sebarang lesen pembalakan dikeluarkan di sekitar kawasan gunung berkenaan.
TANDA KEMUNCULAN KEPALA AIR
Awas bagi pencinta aktiviti rekreasi pendakian. Sentiasa berhati-hati kemunculan kepala air. Berikut beberapa panduan tanda-tanda kepala air;
1.Langit gelap di hulu sungai atau kawasan puncak bukit. Ia akan disertai bunyi petir dan guruh yang kuat.
2.Kedengaran bunyi dentuman gerakan batu-batuan dan air dari hulu sungai.
3.Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba.
4.Daun kering dan ranting kayu muncul dengan banyak pada permukaan air.
5.Bunyi siren amaran.
6.Perubahan arus sungai dan keadaan cuaca. Perhatikan tanda-tanda langit gelap di kawasan hulu.
7.Sentiasa peka dengan perubahan cuaca. Walaupun tiada hujan di kawasan mandi manda, hujan di hulu sungai boleh mengakibatkan kepala air.
8.Apabila terjadi tanda-tanda kepala air, kita hanya mempunyai masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyelamatkan diri.
Diharapkan info ini mengurangkan risiko kemalangan dan kematian akibat kejadian kepala air.
Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak terperangkap kepala air muncul tiba-tiba, bomba kongsi video menyelamat
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Kredit foto: Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang