Kitar semula botol terbuang hingga 95 peratus, ini cara kreatif selamatkan bumi
BUAT pertama kalinya di Malaysia, Bio-Home memperkenalkan Stesen Pengisian Semula Eco untuk mengitar semula botol terbuang di kawasan tumpuan.
Menariknya, pengeluar produk rangkaian penggunaan rumah dan penjagaan diri tersebut menawarkan inisiatif terbaik untuk mengurangkan pembaziran plastik hingga 95 peratus.
Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran Produk Kegunaan Rumah & Penjagaan Diri Bio-Home, Chua Su Fee berkata, usaha tersebut bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk membuat pilihan mesra alam.
"Kami memilih tema The Unwasted Plastic sejajar dengan sambutan Hari Bumi 2024 - Planet VS Plastic supaya setiap botol plastik dapat dikitar semula dengan kaedah berkesan.
“Ia mewakili idea untuk memaksimumkan jangka hayat dan kegunaan bahan plastik. Seterusnya mengurangkan impak terhadap alam sekitar sekali gus mempromosikan kemampanan,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Stesen Pengisian Semula Eco Bio-Home di Jaya Grocer, The Starling Mall, Damansara Utama, Selangor baru-baru ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng berkata, pihaknya teruja untuk menjadi rakan kongsi utama dapat merancakkan inisiatif transformasi bersama Bio-Home.
Baca juga Mudahnya berkebun tanpa tanah, pakai pun botol terbuang je…
“Pelancaran berkenaan selari dengan dedikasi kami ke arah kelestarian bumi dan berharap kerjasama ini dapat membuktikan kesungguhan sebagai destinasi mesra alam yang mudah diakses orang ramai,” katanya.
Pada masa sama, dua lagi rangkaian premis iaitu Jaya Grocer Bukit Jelutong dan Jaya Grocer 163 Retail Park Bukit Kiara turut terpilih sebagai lokasi penempatan Stesen Pengisian Semula Eco itu.
Fakta ringkas mengenai stesen berkenaan, ia merangkumi cecair pencuci pinggan, lantai dan detergen pakaian yang diperbuat daripada bahan organik.
Hanya letak botol kosong di bawah picu, pengguna kemudiannya menekan butang pada skrin sesentuh untuk memilih jenis sabun yang ingin diisi semula.
Selepas selesai, jangan lupa tampal kod bar pada botol sebelum membuat pembayaran kerana anda boleh menikmati tawaran potongan harga sebanyak 20 peratus.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang