SUP torpedo lazimnya menjadi kegemaran kaum lelaki kerana dipercayai boleh memulihkan tenaga. Menggunakan testis lembu jantan sebagai bahan utama, ia diadun dengan rempah ratus, bawang merah and bawang putih dan halia hingga menjadi sup yang pekat.

Disajikan bersama roti, sup ini biasanya dijual di warung-warung atau restoran mamak. Tak hanya di Malaysia, Filipina pun ada sup torpedo dinamakan dikenali dengan nama Soup Number Five (Sup Nombor Lima).

Baca juga: Bermain kutu ganti adalah haram kerana melibatkan peserta makan harta orang lain secara batil

Sekian lama menjadi santapan, timbul persoalan adakah sup ini halal bagi umat Islam? Berikut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berkenaan hukum sajian ini:

1-Testis lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya jika dimakan kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan.

2-Konsep makanan yang halal mestilah suci dan bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman ALLAH SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

3-Imam al-Thabari Rahimahullah menyatakan definisi ‘toyyiban’ (baik) iaitu suci dan bersih dari najis dan halal.

Haiwan yang halal dimakan, maka keseluruhan bahagian anggota haiwan tersebut halal dimakan. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh :

التَّابِعِ تَابِعٌ

Maksudnya: “Sesuatu yang mengikut itu mengambil hukum yang asal.

4-Bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian anggota haiwan yang statusnya halal namun makruh hukumnya untuk dimakan. Hadis yang diriwayatkan daripada Mujahid bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْرَهُ مِنْ الشَّاةِ سَبْعًا الدَّمَ وَالْمِرَارَ وَالذَّكَرَ وَالْأُنْثَيَيْنِ وَالْحَيَا وَالْغُدَّةَ وَالْمَثَانَةَ .

Maksudnya: “ Baginda SAW tidak suka tujuh bahagian daripada kambing iaitu darah, pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing. (Riwayat al-Baihaqi)

Baca juga: Tiram mentah diperah lemon jadi buruan ramai, wanita wajib tahu ini ulasan Dr Zulkifli

5-Imam al-Nawawi menilai riwayat Baihaqi tersebut daif, seterusnya beliau menukilkan pandangan daripada al-Khattabi yang menyatakan darah adalah haram menurut ijmak dan sebahagian anggota yang disebutkan dalam riwayat ini (pundi hempedu, zakar, testis, faraj haiwan betina, kelenjar, pundi kencing) adalah makruh.

Iklan

6-Tujuh bahagian anggota tersebut tidak disukai kerana ia dianggap dijijik oleh cita rasa manusia yang normal.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

7-Makruh di sini membawa maksud makruh tahrim kerana enam bahagian haiwan dalam hadis tersebut (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina , kelenjar, pundi kencing).

8-Riwayat daripada Abu Hanifah juga menyatakan enam bahagian anggota haiwan dalam hadis tersebut iaitu pundi hempedu, zakar, testis, faraj haiwan betina, kelenjar, pundi kencing adalah makruh kecuali darah yang telah sabit hukumnya haram.

Diharapkan dengan pencerahan ini kita mengambil cakna dan mengetahui jenis organ dalaman haiwan yang makruh dimakan.

Untuk pengetahuan anda, mengikut takrifan fuqaha makruh atau karahah disisi mazhab Syafie memberi maksud benci atau tidak disukai.

Makruh terbahagi kepada dua jenis,makruh tahrim dan makruh tanzih. Makruh tidaklah berdosa tetapi penggunaanya dalam hal-hal yang lain dan juga tafsiran beberapa hadis menunjukkan pengertiannya lebih umum dan boleh juga membawa kepada dosa.

Baca juga: Nasi lemak telur ‘haiwan’ habis makan baru perasan, 5 tip guna daun pisang, pastikan bersih!

Iklan

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi