SEORANG pemburu haram tanduk badak ditemukan maut disyaki dipijak kawanan gajah di Taman Nasional Kruger, Afrika Selatan.

Difahamkan semasa kejadian mangsa sedang melarikan diri daripada ditangkap renjer hutan sebelum bertembung dengan kumpulan haiwan terbabit.

Dimaklumkan semasa melakukan rutin rondaan hujung minggu tiga pemburu yang berada di taman bergegas melarikan diri apabila dikejar renjer dan anjing pengesan.

Dalam situasi cemas tanpa disedari ketiga-tiga lelaki tersebut telah menuju kawasan kumpulan gajah.

Black rhino yang diancam pemburu haram kerana tanduknya.

Baca juga Sakit Dan Tertekan Emosi Punca Gajah Naik Minyak Sampai Pijak Penjaga

Menurut jurucakap Taman Negara Afrika Selatan, Isaac Phaahla, akibatnya seorang daripada mereka maut kerana cedera parah dipercayai dipijak kumpulan gajah berkenaan.

Sementara itu, seorang cedera, tetapi berjaya melarikan diri manakala seorang lagi berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan pihak renjer juga menemui sebuah beg berisi senapang dan kapak dipercayai digunakan bagi mendapatkan tanduk badak.

Baca juga [VIDEO] Siap Berkompang, Makan Beradab, Persis Perkahwinan Melayu. Pasangan Badak Jiwang Juwita Selamat Disatukan

Taman Negara Kruger sentiasa menjadi tumpuan pemburu haram memandangkan di sana merupakan antara habitat terbesar badak jenis Black Rhino.

Justeru, ia menjadikan sasaran pemburu haram memperoleh keuntungan untuk memperdagangkan tanduk badak berkenaan.

Spesies badak terancam yang memiliki dua tanduk itu dibunuh kejam lalu tanduknya dijual di pasaran Asia khususnya Vietnam dan China untuk digunakan dalam perubatan tradisional.

Pemburuan tanduk badak lazimnya tertumpu di Kenya dan Tanzania, selatan Lembah Luangwa Zambia, Sungai Zambezi dan Zimbabwe.

Ketidakstabilan politik dan perang telah mengganggu usaha pemuliharaan badak di Afrika terutamanya di Angola, Rwanda, Somalia, dan Sudan. Perdagangan tanduk badak dan peningkatan perburuan dikatakan berlaku dek kemiskinan dan kesempitan hidup.

“Secara purata di sini badak dibunuh untuk setiap 22 jam,” kata wakil badan sukarela Save The Rhino International yang memperjuangkan kelestarian spesies itu.

Baca juga Aksi Comel Anak Gajah Baring Keletihan, Berjalan Sejauh 500km Curi Perhatian

Iklan

INFO BLACK RHINO

1. Badak adalah salah satu kumpulan mamalia tertua yang wujud dan dianggap fosil hidup. 

2. Black Rhino saiznya lebih kecil berbanding dua spesies badak Afrika yang lain.

3. Ia mempunyai dua tanduk dan adakalanya tiga iaitu tanduk posterior kecil.

4. Populasi Black Rhino menurun secara mendadak pada abad ke-20 di tangan pemburu dan peneroka Eropah.

Iklan

5. Antara tahun 1960 dan 1995, jumlah Black Rhino menurun sebanyak 98 peratus bersamaan 2,500 ekor.

6. Hasil usaha pemuliharaan berterusan di seluruh Afrika, jumlah Black Rhino meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun yang lalu kepada sekitar 5,600 hari ini.

7. Ketinggiannya boleh mencecah 5.2 kaki manakala beratnya pula diantara 798kg hingga 1,397kg.

Sumber: The Animal Rescue, WWF

Foto: Pixabay, Save The Rhino International