Kurangkan gula secara drastik untuk diet boleh bawa mudarat!
RAMAI yang tercari-cari apakah kaedah penyelesaian untuk masalah berat badan.
Sudah cuba bermacam-macam diet tetapi masih tiada perubahan! Mungkin ini persoalan yang bermain di fikiran korang di kala berat tidak juga turun.
Sebenarnya untuk turunkan berat badan yang berkesan adalah dengan menyekat pengambilan gula putih serta-merta.
Walaupun gula atau juga dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan sukrosa ada dalam banyak makanan, korang masih boleh mengelak daripada mengambil gula yang jelas kelihatan iaitu gula putih yang diproses.
Di samping itu, korang juga perlu berdisiplin menangkis godaan-godaan kek, nasi lemak ayam rendang, pizza, teh ais madu, ais krim, makanan proses dan sebagainya.
Namun, menurut perunding kecergasan, Arif Sukri, pengurangan gula secara drastik dalam diet boleh mendatangkan hasil yang buruk terhadap badan.
"Tiba-tiba badan cepat letih dan lesu serta tahap 'craving' juga boleh berubah."Benar kawan. Walaupun gula adalah punca utama kegemukan, namun ia juga antara sumber utama yang menjadi keperluan di dalam badan.
"Gula termasuk di dalam keluarga karbohidrat. Ringkas yang boleh kalian buat kiraan 1g karbo = 4kcal.
"Dan kuota cadangan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengambilan adalah 25g sehari (bersamaan 6 sudu teh gula)," tulisnya di Facebook.
Beliau yang juga dikenali Ustaz Fitness menasihati individu yang diet membuat pengurangan gula secara berperingkat.
"Jika kalian ingin lakukan diet melalui kaedah pengurangan gula, mulakan secara berperingkat."Lihat bagaimana badan kalian respon bila gula telah dikurangkan dalam diet seharian.
"Potong gula terus secara mengejut boleh bawa mudarat. Terutama yang dah menghidap diebetes, Hipoglisemia boleh berlaku.
Baca juga Tak makan sayur antara punca berat badan cepat naik. Ini 4 cara mudah didik diri makan sayuran
"Diet ni kena cuba pada diri sendiri dulu. Tak boleh follow semua tip yang korang dapat di media sosial macam tu saja. Nanti tahu hasil dan rasa boleh konsisten maka teruskan."Begitulah. Jangan mula drastik. Biar perlahan asalkan terus berjalan," pesannya.
Ingat bahawa apa-apa perubahan kepada diet korang memerlukan masa dan pelarasan.
Langkah-langkah kecil ini mungkin tidak selesa atau normal pada mulanya, tetapi selepas beberapa minggu, korang akan menjalani kehidupan gula yang lebih rendah dan menikmati manfaat diet yang sihat dan kehidupan yang lebih sihat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang