Lelaki ini guna kuning telur elak kuali apam balik melekat. Petua ini terbukti berkesan

A
A
A

MAKANAN melekat pada kuali memang boleh menyebabkan kita jadi geram, kan?

Lebih-lebih lagi jika hidangan seperti kuih yang sedang disediakan hancur dan hasilnya tidak cantik.

Mungkin selepas ini, kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi jika anda mengikuti petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram menggunakan username, @zamypurba.

SUMBER Mona Sabha Cabrera daripada PEXELS.

“Nak buat apam balik ni pun ada pantang larang dan petua orang lama yang tersendiri.

“Hurmmm...apakah sains yang tersirat di sebalik kuning telur tu ya?” tulis beliau.

Menerusi video yang menerima lebih 1.1 juta tontonan tersebut, lelaki itu meletakkan kuning telur pada kuali untuk membuat apam balik sebelum menuang adunan tepung.

Ternyata kaedah yang ditunjukkan menghasilkan juadah apam balik yang licin dan langsung tidak melekat pada kuali.

 

Baca juga: Tip masak mi goreng sedap & padu, kena ikut cara tumis macam ini

“Tidak ramai yang tahu jika kita letak kuning telur yang telah direbus pada kuali terutamanya kuali apam balik, kuali kita tu tak akan melekat,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna yang mengakui teknik tersebut berkesan.

Baca juga: Dapur tetap cantik, bersih dan kemas walau sudah berbelas tahun. Wanita ini kongsi tip, elak letak barang atas table top!

“Memang pun dulu pak cik aku niaga buat macam ni.”

“Ya, betul. Mama buat roti jala. Asal beli kuali baharu mesti roti jala melekat.

Baca juga: Tip mudah hilangkan kesan kuning & bau blender, hanya guna bahan di dapur bersih tip top

"So goreng telur kuning then tonyoh kat kuali. Alhamdulillah menjadi.”

“Betul. Telur kuning adalah benda wajib bagi peniaga apam balik lagi-lagi saya.”

Untuk peniaga apam balik atau kuih seperti roti jalan dan ketayap, boleh cuba petua yang dikongsikan.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca