MUSIM hujan atau turut disebut sebagai musim tengkujuh lazimnya melanda negara pada hujung tahun. Keadaan ini membuatkan ramai tidak senang duduk kerana hujan lebat yang berterusan mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Situasi bertambah buruk sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

Baca juga: #UndiBanjir trending di Twitter, 10 foto banjir di Selangor raih perhatian warga maya

Justeru anda dinasihatkan sentiasa bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kredit foto: Bernama

Terkini, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selama tiga hari bermula hari ini. Ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Baca juga: Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir, ini saranan Tenaga Nasional Berhad

Selain itu, ribut petir turut diramalkan berlaku pada pagi esok di Pulau Pinang dan Sarawak (Sri Aman dan Sarikei) selain hujan di satu dua tempat di Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sarawak.

Pada petang Khamis, ribut petir diramal di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kecuali di Putrajaya, Melaka dan Labuan manakala waktu malam ribut petir dijangka berlaku di Pahang, Labuan dan beberapa kawasan pedalaman di Sabah.

Daerah Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak dan Pantai Barat Sabah pula dijangka hujan malam esok.

Pada Jumaat, MetMalaysia menjangka berlakunya ribut petir pada sebelah pagi di Pulau Pinang dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat), selain hujan di Melaka, Johor, Sabah (pedalaman dan pantai barat) dan Labuan.

Kredit foto: Unsplash

Baca juga: Akibat degil, motosikal hanyut ketika redah air deras, ini langkah penting yang perlu dibuat ketika banjir

Pada sebelah petang Jumaat pula diramal ribut petir di seluruh negara kecuali Melaka, beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Mukah dan Lembing) dan Labuan manakala waktu malam ribut petir dijangka berlaku di Pahang, Kelantan, Terengganu serta Sabah (pedalaman dan Tawau) dan Labuan.

Hujan juga diramal pada waktu malam di Perak, Sarawak (Kapit, Binulu, Miri, Limbang) dan Sabah (pantai barat dan Sandakan).

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) memaklumkan paras air di Sungai Bernam, Selangor setakat 9.45 pagi ini masih berada di tahap bahaya (2.35 meter) namun menunjukkan trend penurunan.

Baca juga: Jangan cuci dulu, tangkap gambar, berikut 5 tip buat tuntutan insurans kenderaan selepas banjir

ENAM INFO PENTING AIR PASANG BESAR PENDUDUK KLANG:

1. Peka dengan risiko berdepan fenomena air pasang besar yang bermula sejak semalam (22 November) hingga Ahad ini (27 November) yang mungkin membawa kepada bencana banjir.

Iklan

2. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang dalam kenyataan melalui Facebook Pejabat Daerah/Tanah Klang memaklumkan ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.3 meter pada esok dan Jumaat ini.

3. Perlu sentiasa bersedia dengan keadaan semasa alam sekeliling.

4. Dapatkan maklumat terkini mengenai cuaca serta arahan lanjut daripada pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

5. Orang awam boleh membuat laporan berhubung kejadian bencana dengan menghubungi talian kecemasan melalui WhatsApp Pejabat Daerah dan Tanah Klang (24 jam) di nombor 010-869 1067.

6. Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang juga dibuka sejak semalam hingga 27 November 2022.

Iklan

Baca juga: Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir, ini saranan Tenaga Nasional Berhad

Sumber: BERNAMA 1, 2

Kredit foto utama: Unsplash

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi