SEMPENA ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, MILO UHT nampaknya ingin mengambil kesempatan untuk menyumbang kembali kepada para pelanggan setianya melalui peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT.

Peraduan tersebut yang akan bermula dari 4 April hingga 29 Mei depan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Antaranya seperti duit raya dengan nilai keseluruhannya mencecah RM200,000! Wah, memang lumayan sungguh.

Hadiah-hadiah lain yang bakal menanti pemenang termasuklah peti sejuk Samsung 620L 2-Pintu, mesin basuh pengering Samsung dengan teknologi AI Ecobubble dan televisyen pintar Samsung UHD 43’.

Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertainya:

Langkah 1: Beli mana-mana produk MILO UHT yang terlibat (MILO UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO® UHT Nutri Pluz 200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal sama ada melalui mana-mana platform e-dagang atau kedai-kedai yang terlibat.

Langkah 2: Catat nama penuh dan nombor dokumen pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan melalui WhatsApp ke talian 018-388 2455.

BACA JUGA Rebut pahala bulan mulia! Bantu yang memerlukan bersama Skuad Kebaikan MILO

Iklan

BACA JUGA Satu lagi sarapan berkhasiat MILO Nutri Breakfast dengan bijirin oat, senang sahaja nak sediakan

KHASIAT

Itu berkaitan dengan peraduan. Berbicara tentang kebaikan MILO UHT, selain kebaikan susu sebagai sumber protein dan kalsium, koko memberi keenakkan rasa coklat serta barli malt sebagai sumber tenaga, MILO UHT juga membekalkan Vitamin B2 yang bertindak melepaskan tenaga daripada makanan yang kita ambil.

Iklan

Ia menjadikan minuman tersebut sebagai pelengkap yang ideal kepada pengambilan makanan seimbang untuk seisi keluarga, kata Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong.

Disediakan dalam bentuk sedia untuk diminum, MILO UHT memudahkan orang ramai untuk memperoleh tenaga di mana jua mereka berada. Lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini, ia begitu sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa terutamanya mereka yang sentiasa sibuk dan bergerak ke sana sini,” katanya.

Ujar April lagi, dalam tempoh setahun ini, rakyat Malaysia telah mengharungi pelbagai musibah. Antaranya cabaran disebabkan pandemik.

Apabila banjir melanda pula, ramai yang terjejas teruk dan kehilangan harta benda yang tidak terkira. Berbekalkan semangat Ramadan, peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT ini adalah sumbangan kecil kami untuk membantu mereka yang terjejas bangkit semula,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berhubung peraduan ini, sila layari www.milo.com.my