BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan aksi individu ala ‘Superman’ di jalan raya.

Video berdurasi 24 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai menghala ke Port Dickson melalui Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seorang daripada kumpulan itu dikatakan bertindak membuat aksi berbahaya sehingga mencetuskan kebimbangan kepada pengguna jalan raya lain berikutan ia boleh mendatangkan bahaya selain boleh mengundang insiden tidak diingini.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, ini info kejadian berkenaan;

1. Remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan pelajar sekolah di kawasan Cheras itu ditahan setelah menyerah diri di Balai Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada pukul 9.45 pagi tadi.

Baca juga Padah berlagak samseng tahan kereta, pemandu Proton Perdana diberkas polis

Iklan

Padah beraksi 'Superman', penjara kurang 5 tahun, denda RM5,000-RM15,000 menanti

Iklan

2. Pelajar itu menyerah diri sejurus selepas mengetahui diburu polis susulan aduan awam diterima pihak IPD Port Dickson iaitu sebuah rakaman video menunjukkan aksi sekumpulan motosikal dengan salah seorang penunggang membuat aksi superman dengan meletakkan kaki di atas motosikal pada 29 Januari lalu.

3. Polis kemudian mengesan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang membuat aksi berbahaya itu semalam.

4. Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya.

Baca juga Tak kesampaian hadir majlis perkahwinan, 4 sekeluarga maut dirempuh pemandu lalok, ini kronologi kejadian

5. Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000-RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun.

Ingat korang, jalan raya milik bersama, patuhi undang-undang dan pandulah dengan cermat. Lagak berbahaya hanya mengundang kecelakaan.