PENCABULAN seorang lelaki terhadap wanita yang dipercayai pekerja premis perniagaan vape menjadi tular di media sosial.

Ia berikutan viralnya video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan lelaki berkenaan menjilat jari pekerja wanita terbabit.

Kejadian dipercayai dilakukan seorang lelaki berpakaian seragam tentera dalam satu kejadian pada tengah hari Rabu.

Lelaki berkenaan membeli barangan vape dan keluar dari premis berkenaan. Dia bagaimanapun kembali ke kedai tersebut dan mendakwa pod vape yang dibelinya tidak berfungsi.

Pekerja berusia 18 tahun itu telah memeriksa alat berkenaan berkenaan dan menggantikan dengan yang baru.

Apabila menyerahkan pod vape berkenaan, lelaki berhidung belang itu mengambil kesempatan dengan memegang tangan dan menjilat tangan pekerja wanita terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak meminta orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.

Tidak dapat dibayangkan betapa traumatiknya mangsa yang mengalami gangguan atau jenayah seksual ini.

Bagi korang yang mungkin menghadapi masalah seumpama ini pada masa akan datang, berikut adalah panduan tentang apa yang perlu dilakukan:

APA MANGSA GANGGUAN SEKSUAL PERLU LAKUKAN?

  1. Beritahu pelaku bahawa perbuatan mereka ke atas diri anda tidak dibenarkan.
  2. Rekodkan insiden berkenaan dengan mengenalpasti identiti pelaku, masa dan tarikh, lokasi dan jenis gangguan yang dilakukan. Catatkan juga maklumat saksi yang ada di tempat kejadian.
  3. Dapatkan sokongan emosi daripada keluarga dan orang sekeliling.Buat laporan polis secepat mungkin.
  4. Dapatkan bantuan persatuan atau NGO untuk mendapatkan sokongan, jika perlu.
  5. Penting untuk korang tahu jenis-jenis gangguan seksual yang mungkin berlaku. Lindungi diri daripada pelaku-pelaku yang tidak bertanggungjawab!

Baca juga: Ditarik masuk kenderaan, kanak-kanak lelaki trauma dicabul 10 lelaki bertopeng

PELBAGAI CARA GANGGUAN SEKSUAL

Gangguan seksual adalah tingkah laku seksual yang tidak diingini dan tidak diingini. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti di bawah:

1-VERBAL
Ini termasuk komen, komen, gurauan lucah atau pertanyaan yang tidak sesuai dan tidak wajar.

2-FIZIKAL
Ini termasuk menyentuh, menjilat, menepuk, mencubit, membelai, menggosok badan, mencium, menggendong dan sebagainya pada tubuh.

3-PSIKOLOGI

Ini boleh merangkumi jemputan sosial yang tidak diingini berulang kali seperti cadangan temujanji yang berterusan atau aktiviti keintiman fizikal. Ia termasuklah penghantaran teks seperti SMS berulang kali.

4-GESTURAL

Ini merangkumi memandang dengan cara mengghairahkan, memegang atau memakan makanan secara provokatif dan dan isyarat atau bahasa isyarat yang menunjukkan aktiviti seksual.

Iklan

5-VISUAL

Ini termasuk mempamerkan bahan pornografi, melukis lakaran berdasarkan seks atau menulis sesuatu yang berdasarkan seksual.

Baca juga: “Beratus Kes, Saya Jadi Loya. Adakala Saya Menangis Sendirian” – Doktor Dedah Gangguan Seksual Kanak-Kanak

Baca juga: Gangguan Seksual Boleh Berlaku Di Mana-Mana, Kita Ada Hak! Ini Apa Yang Ramai Tak Tahu

Iklan

Jenayah seksual merupakan isu yang tabu bagi masyarakat Malaysia. Tabu dalam erti kata kita tidak membincangkan tentang perkara ini secara terbuka dan jujur dalam ruang umum. Itulah realitinya.

Statistik merekodkan sebanyak 6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bagi tempoh tiga tahun antara 2018 hingga 2020.

Ia kira-kira enam orang menjadi mangsa jenayah seksual sehari. Bilangan angka ini menakutkan!

Jika perkara tidak bertanggungjawab ini berlaku di sekeliling, jangan takut untuk mendapatkan pembelaan, laporkan segera.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Foto hiasan: Freepik, Unsplash