Penerima vaksin Pfizer, AZ kini boleh suntik penggalak selepas 3 bulan dos kedua, ini fakta berkaitan yang perlu tahu

A
A
A

PEMBERIAN dos penggalak untuk penerima vaksin Covid-19 bertujuan untuk meningkatkan perlindungan kepada virus berkenaan.

Terdahulu, penerima vaksin Sinovac dan individu 60 tahun ke atas perlu pengambilan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap selewat-lewatnya pada Februari 2022.

Baca juga: 4 Kes Varian Omicron Dikesan Di S’wak, Berikut 6 Info Mengenainya

Bagaimanapun, baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang media mengumumkan sela masa yang lebih pendek untuk penerima vaksin Pfizer dan Astrazeneca iaitu tiga bulan selepas dos kedua.

Berikut adalah ringkasan info berkaitan itu:

1- Antara faktor saranan untuk mengambil dos penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer ialah kerana keberkesanan vaksin berkurangan dengan masa.

2- Ia dibuktikan dengan hasil dapatan kajian klinikal yang dijalankan oleh institut kesihatan negara dan luar negara yang menunjukkan data tersebut.

3- Badan regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia serta panel pakar kesihatan mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

4- Data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi, daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi.

5- Justeru, semua warga emas berumur 60 tahun ke atas dan orang dewasa yang menerima kedua-dua dos vaksin mereka perlu mengambil dos penggalak.

6- Individu yang mempunyai komorbiditi, penghuni dan kakitangan di pusat penjagaan kesihatan akan diberi keutamaan untuk menerima dos penggalak.

7- Orang dewasa akan menerima dos penggalak pada Januari dan Februari tahun depan di pusat pemberian vaksin (PPV) dan klinik swasta.

Baca juga: 10 Info Kes Pertama Omicron, Walau Tidak Menular, Kontak Rapat Negatif, KJ Mohon Waspada

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca