MYKID merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

Setiap kali selepas bersalin, ibu bapa perlu mendaftarkan kelahiran anak dalam tempoh 60 hari.

Selepas selesai urusan sijil kelahiran, Mykid perlu dimohon di Jabatan Pendaftaran Negara.

Jika dibandingkan, penggunaan Mykid jauh lebih mudah daripada sijil kelahiran kerana lebih mudah dibawa serta dilengkapi teknologi keselamatan bagi mengelakkan penyalahgunaan.

Bagaimanapun, terdahulu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka melakukan penangguhan pengeluaran permohonan MyKid sehingga Mac 2022 bagi memberi laluan penambahbaikan MyKid itu sendiri.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Noorhaslindah Mohd Aras, dokumen itu kini boleh dipohon dengan hanya ‘walk in’ sahaja.

Noorhaslindah berkongsi pengalamannya memohon Mykid di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Katanya proses tersebut memerlukan beberapa dokumen asal dan salinan seperti berikut;

Dokumen yang diperlukan:

1. Salinan kad pengenalan bapa

2. Salinan kad pengenalan ibu

3. Salinan sijil kelahiran bayi

4. Salinan sijil perkahwinan ibu bapa

Manakala ibu bapa perlu membawa salinan asal sijil kelahiran dan sijil perkahwinan.

Baca juga: Ini cara betul palang MyKad. Elak disalahguna, identiti dicuri. Ada 3 jenis kad pengenalan lain di Malaysia

Kredit foto: Facebook Noorhaslindah Mohd Aras

Menurutnya, ibu bapa sahaja yang boleh membuat permohonan MyKid untuk anak masing-masing dengan langgkah-langkah berikut;

1. Sila ke JPN dan bawa dokumen yang diperlukan.

2. Selepas sampai di JPN Putrajaya, ambil lif ke Tingkat 3.

3. Ke kaunter untuk mengambil nombor dan pihak JPN akan minta sijil kelahiran bayi.

4. Selepas itu, mereka akan bagi kertas untuk serah di Kaunter 6.

Iklan

5. Serah kertas itu ke Kaunter 6 dan tunggu sehingga nama dipanggil.

5.Tunggu selama sejam dan mereka akan memanggil nama ibu untuk mengambil MyKid anak masing-masing.

Kebanyakan warga maya tertarik dengan perkongsian Noorhaslindah dan meminta agar kemudahan itu diperluaskan ke negeri lain.

Diharapkan perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.

ANEKDOT

1. Penggunaan MyKid mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.

2. MyKid digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.

Iklan

3. Ia mudah dibawa kerana bersaiz kecil.

4. MyKid mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.

5. Ia mempunyai teknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

6. Reka bentuk cantik dan menarik.

Baca juga: Beri nama anak panjang berjela, kemudian mahu tukar kembali? Ini panduan dan syarat-syaratnya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI