Pindah amaun akaun 2 KWSP ke akaun 3, ini cara perlu dilakukan elak gagal. 5 info pengeluaran perlu tahu

A
A
A

BERITA mengenai Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau terdahulu disebut sebagai Akaun 3 memang dinanti-nantikan para pencarum. Penstrukturan semula caruman tabung simpanan persaraan itu dengan mewujudkan akaun berkenaan membolehkan simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.

Bermula 12 Mei lalu, Akaun Fleksibel orang ramai sudah mula membuat pemindahan Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan.

Baca juga: Pelaksanaan Akaun 3 fleksibel KWSP untuk kecemasan pada April 2024, 10 info perlu tahu

Baca juga: Berita baik! Akaun KWSP Fleksibel boleh diakses bila-bila masa, 8 info wanita perlu tahu

Baca juga: Bermanfaat! Wanita pecah hasil tabungan bersama suami untuk sambut raya buat ramai kagum

Namun, ramai yang terkejut apabila dilabel 'Tidak layak' apabila ingin melakukan pengeluaran kerana mempunyai baki 0.

Tenang dulu, begini cara untuk anda lakukan pemindahan amaun tertentu dari Akaun 2 ke Akaun 3. Seterusnya baru boleh keluarkan kerana sudah ada simpanan di akaun berkenaan!

CARA BUAT PEMINDAHAN KWSP AKAUN SEJAHTERA KE AKAUN FLEKSIBEL

1. Login I-Akaun.

2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.

3. Klik pada 'Ketahui Lanjut' (Atas Kiri).

4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.

5. Klik 'Teruskan.'

6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik 'Pindah Sekarang.'

7. Klik 'Teruskan.'

8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah sebelum dan selepas pemindahan.

9. Klik 'Teruskan' sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.

10. Perakuan ahli. Klik 'Terima.'

11. Klik 'Ya' sekiranya pasti dengan pilihan anda.

12. Pilihan pindahan berjaya (kelulusan dalam masa tiga hingga lima hari bekerja)

Peringatan penting kepada para pencarum bahawa anda hanya boleh melakukan sekali pemindahan sahaja manakala tarikh akhir pemindahan adalah 31 Ogos 2024.

Anda juga boleh memilih untuk tidak memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3 sebagai amaun permulaan.

CARA MEMBUAT PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL (AKAUN 3)

Anda boleh membuat pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Ia boleh dimanfaatkan sebagai keperluan kewangan jangka pendek dan kecemasan.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Login I-Akaun.

2. Klik pengeluaran.

3. Klik pada 'Keluarkan simpanan anda.'

4. Pilih jenis pengeluaran anda.

5. Klik Akaun Fleksibel

6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas. “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”

7. Klik 'Keluarkan Sekarang.'

8-Pilih 'Terima' jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.

9- Masukkan nombor TAC.

10-Permohonan anda berjaya dihantar.

5 INFO PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL

1-Anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan untuk pengeluaran, namun perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

2-Ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan pengeluaran Akaun Fleksibeldi atas kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

3-Bagi ahli yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, ahli perlu mengesahkan identiti melalui:

  • Pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi amaun permohonan pengeluaran lebih daripada RM10,000; atau
  • Pengesahan dalam talian tertakluk kepada amaun permohonan pengeluaran kurang daripada RM10,000.

4-Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

5-Saluran pengeluaran akaun ini adalah melalui KWSP i-Akaun​ atau Pejabat KWSP dengan membuat permohonan secara hassle-free tanpa menggunakan borang di pejabat KWSP. Bagi ahli yang berada di luar Malaysia dan tidak mempunyai capaian kepada KWSP i-Akaun, anda boleh memuat turun borang di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 mengumumkan akaun ahli tabung simpanan berkenaan akan distrukturkan semula untuk memperkasa tabungan persaraan.

Anwar berkata antara langkah akan diambil adalah dengan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.

Diharapkan pengeluaran wang ini dapat digunakan dengan cara yang berhemah dan bijak.

Sumber: KWSP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca