SELASA lalu gempar negara kita tentang seorang gadis berusia 15 tahun melahirkan bayi.

Apa yang lebih memilukan, bayi tersebut maut dipercayai ditikam oleh gadis berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut laporan portal tempatan, bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemukan mati dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh ibunya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum laporan polis dibuat kira-kira pukul 10 pagi.

Pada 9 Februari lalu, remaja tersebut direman selama tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Wad Bersalin Hospital Kemaman, Terengganu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Proses itu dilakukan di hospital berkenaan susulan suspek masih menerima rawatan selepas melahirkan bayi sulungnya, pagi 8 Februari.

Justeru itu, polis giat mengesan individu dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, lelaki itu bagi membantu siasatan kes pembunuhan bayi berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu juga dikehendaki bagi siasatan berhubung kes dakwaan memperkosa remaja itu.

Baca juga [VIDEO]Gempar ular dalam pesawat ke Sabah, ‘ini real Snakes On A Plane’

Remaja 'simpan' bayi dalam peti ais hingga maut

Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ini penjelasan berkaitan;

1. Pihaknya sudah meminta Mohammad Hazuarie menyerah diri, namun sehingga kini pemuda itu masih belum berbuat demikian.

Iklan

2. Individu ini diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

3. Polis juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu bersembunyi.

5. Polis sudah berusaha mengesan lelaki itu termasuk pergi ke rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat Kemaman, namun suspek dipercayai melarikan diri.

Baca juga [VIDEO]Letak tuala basah atas kepala anak demam berisiko sawan, doktor dedah cara betul

7. Pihaknya percaya suspek melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesan suspek sehingga dia berjaya ditahan.

8. Pesan Hanyan, orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana suspek berada bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran.