DAGING berubah berwarna putih selepas digoreng menimbulkan tanda tanya sebuah keluarga di Pulau Pinang.

Umum mengetahui memakan daging babi dengan sengaja adalah haram di sisi agama Islam

Perkongsian seorang wanita, Cekta Hermosa di laman sosial Facebook berkaitan hal sensitif itu dan menarik perhatian ramai.

Bertujuan mengingatkan warga maya supaya berhati-hati membeli daging di pasar, Cekta berkongsi kronologi pemberian daging yang didakwa dibeli oleh bekas suami sebagai pengajaran.

Baca juga:4 cara cepat ‘defrost’ daging, ayam beku yang betul elak keracunan

“Isu ni sangat sensitif, hendak kata salah pembeli sengaja beli atau salah penjual, wallahualam.

“Cekta kongsi perkara ini dengan niat supaya semua hati-hati bila membeli daging segar yang digantung. Pastikan betul-betul kenal antara daging lembu dan daging khinzir,” katanya.

Menurutnya, daging tersebut diterima selepas anak-anaknya meminta bapa mereka membelikan lauk-pauk mentah seperti sotong, udang dan ayam. Kata Cekta, menjadi kebiasaan bekas suaminya untuk memenuhi permintaan anak-anak mereka.

“Saya memang tak halang hubungan bekas suami dan anak. Sebagai ibu bapa masing-masing ada hak. Ketika itu saya tiada di rumah dan tidak periksa barang basah di hantar kepada anak,” katanya.

Baca juga: Elak beri makan daging, tulang mentah kepada kucing elak si bulus sakit!

Menurut Cekta, anak-anaknya sudah diasuh kerja-kerja rumah termasuk memasak. Bahan-bahan mentah dan rempah ratus tidak asing bagi mereka.

“Anak-anak pandai masak, jadi mereka kenal bermacam rempah, garam, kunyit, kayu manis, lengkuas dan sebagainya. Hari anak nak masak daging itu saya tiada di rumah. Tiba-tiba anak cemas ‘call’ saya bertanya tentang daging.

Baca juga: Daging masak ungkep sedap, pembuka selera. Ibu dalam pantang pun boleh makan

Tangkap layar perbualan Cekta dengan anaknya.

“Pelik juga saya sebab saya tidak membeli daging, tidak simpan daging di rumah. Kata anak papa beli dan hantar. Saya suruh anak hantar gambar untuk pastikan status daging tu adakah halal atau haram.

“Sempat saya bertanya beberapa orang kenalan Cina dan jawapan diberi adalah itu daging khinzir. Kawan-kawan Cina larang supaya jangan makan.

“Apabila anak-anak bertanya bekas suami, dia jawab beli sendiri dengan seorang penjual Melayu di pasar. Daging itu dipotong daripada ketulan daging besar yang digantung,” katanya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Jika anda yang beragama Islam dan berada dalam situasi seperti mana Cekta ini, jangan ambil mudah. Perkongsian Pejabat Mufti Wilayah memakan daging babi dengan sengaja adalah haram bagi umat Islam.

Justeru, elakkan diri daripada tertipu, penting untuk tahu cara membezakan antara daging lembu dan babi.

Baca juga: Kekeliruan kaum ibu, daging korban tidak boleh disimpan melebihi 3 hari? Ini penerangan agamawan

Iklan

Menurut perkongsian pengguna Facebook Mai Kitchen Kabinet Dapur, berikut cara untuk mengesan kelainannya:

Gambar hiasan (Kredit foto: Unsplash)

1) Warna
Warna daging babi lebih pucat berbanding daging lembu. Warna daging babi seolah-olah warna daging ayam. Namun, ini tidak boleh di jadikan panduan semata mata dalam membezakan daging babi, kerana daging babi sering belumuran dengan darah dan ianya mirip dengan daging lembu.

2) Serat daging
Perbezaan kelihatan jelas di antara kedua dua daging. Daging lembu, seratnya kelihatan padat dan garis garis serat kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya tidak jelas kelihatan dan serat serat itu berada dalam kedudukan rengang. Perbezaan ini makin jelas, apabila kedua-dua daging direnggangkan.

3) Lemak
Perbezaan dapat dilihat dari segi keanjalan lemak pada daging. Lemak daging babi mempunyai tekstur yang lebih elastik. Manakala, lemak daging lembu, lebih pejal, kaku dan mempunyai bentuk. Selain itu, lemak daging babi lebih lembap dan sukar untuk diasingkan dari dagingnya sementara lemak daging lembu lebih kering dan berserat.

Iklan

4) Tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih padat dan pejal berbanding daging babi yang lembik dan mudah untuk diregangkan. Melalui perbezaan ini, sebenarnya waktu memegangnya pun kita sudah boleh rasa perbezaan yang ketara kerana daging babi lebih kenyal dan mudah untuk diregangkan. Manakala, daging lembu terasa cukup pejal (solid) dan sukar untuk diregangkan.

5) Aroma
Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya bau tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir (hamis). Walaupun warnanya sudah ditukar dan mungkin telah bercampur, aromanya tetap boleh dibezakan.

Baca juga: Daging penyu boleh bawa maut!- Pensyarah Biologi Marin

Sumber: Cekta Hermosa, Pejabat Mufti Wilayah, Mai Kitchen Kabinet Dapur

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.