NOVEMBER tahun lalu, peminat seni tanah air dikejutkan dengan pengumuman penceraian antara Raf Yaakob dan Mawar Rashid.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak enam tahun itu bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perpisahan tersebut.

Berpeluang menemui adik kepada Datuk Fazley yang hadir dalam majlis Iftar Ramadan bersama Wawa Zainal baru-baru ini, penulis sengaja mendekatinya untuk mengetahui perkembangan terbaharunya.

Baca ni Tiada persefahaman, Mawar Rashid & Raf Yaakob berpisah

Menurut Raf atau Raden Ahmad Yaakob, 38, beliau kini sibuk dengan perniagaan kopinya, f2cut.

“Untuk perkembangan Ramadan tahun ini, saya sibuk berniaga dengan produk sendiri.

“Isnin sampai Jumaat sibuk bekerja, hanya sabtu ahad sahaja bersama berkumpul dengan anak-anak dan ibu,” ungkap beliau.

Mengulas lanjut tentang persiapan raya kali ini memandangkan ini tahun pertama beliau memegang status sebagai duda, akui Raf segala-galanya dilakukan secara bersederhana.

“Persediaan raya bersederhana sahaja, Saya habiskan masa bersama anak, keluarga dan kawan-kawan.

“Soal gosip mencari calon isterinya rasanya tiada, itu semua hanyalah gimik bisnes. Saya masih sendirian, masih single.

“Soal hubungan dengan Mawar, kami sangat profesional. Tak ada masalah bab anak kerana perpisahan kami sangat mutual jadi tiada bergaduh tentang anak. Semuanya aman dan tenang sahaja,” ujar Raf.

Baca lagi Usai berpisah, Raf Yaacob minta masa jawab persoalan. ‘Everything gonna be just fine’

Lagipun kata beliau, mereka mempunyai perjanjian masing-masing.

“Kalau hari pertama dengan bekas isteri, raya kedua dengan saya pula. kemudian tiga hari dengannya dan begitulah sebaliknya.

Iklan

“Kalau diikutkan, saya tak raikan raya sejak arwah ayah meninggal 2016 lagi. Dengan kata lain, raya dalam keluarga ‘The Yaakob’ itu tidak diraikan sangat. Soal raya sendirian, tiada masalah kerana di rumah masih ada anak-anak Fazley, anak kakak.

“Begitu juga dengan anak-anak saya, cuma bukan hari-hari. Jadi, alhamdulillah masih okay, masih bersyukur,” ulasnya sambil tertawa kecil.

Baca juga Pintu hati kembali terbuka, Along Cham kini bergelar suami selepas 8 tahun menduda. ‘Bismillah… Assalamualaikum sayang’

Ditanya berkenaan soal kembali semula dengan bekas isteri, ini jawapan tuan punya badan. “Saya tidak boleh nak cakap ya atau tidak. Jawapan saya masih sama, jodoh itu adalah rahsia ALLAH.

Iklan

“Saya pun tak ada plan nak kembali atau tidak. Segala-galanya saya serahkan kepada ALLAH SWT,” ungkap Raf lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!