Rebut peluang! Jawatan kosong pegawai bomba di 18 balai, ini cara mohon

A
A
A

BOMBA kini bukan sekadar memadam kebakaran, sudah banyak budi dan jasa yang ditaburkan oleh pasukan itu dalam menjaga keselamatan rakyat negara ini.

Mereka adalah insan-insan yang sanggup berkorban melindungi dan memberi perkhidmatan profesional bagi menyelamat nyawa dan harta demi kesejahteraan rakyat.

Kepada anda yang berminat dengan kerjaya di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ini, bolehlah mengisi kekosongan Pegawai Bomba Bantuan di JBPM Negeri Johor.

1. Jawatan: Pegawai Bomba Bantuan

2. Nama balai:

Balai Bomba dan Penyelamat Mersing

Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru

Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng

Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat

Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak

Balai Bomba dan Penyelamat Punggai

Balai Bomba dan Penyelamat Bandai Baru Kulai

Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir

Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tenggara

Balai Bomba dan Penyelamat Pontian

Balai Bomba dan Penyelamat Rengit

Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam

Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau

Balai Bomba dan Penyelamat Kempas

Balai Bomba dan Penyelamat Kulai

Balai Bomba dan Penyelamat Labis

Baca juga: Kronologi tanah runtuh, bomba luah momen pilu temui jasad seorang ibu, 2 anak berpelukan

3.Syarat lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)Lelaki

(b) Warganegara Malaysia

(c) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(d)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan.

(e)Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah.

(f)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

-Tinggi minima 1.57 meter.

- Berat badan minima 48 kilogram.

- Ukuran Body Mass Index (BMI) adalah 18 hingga 30.

- Mempunyai penglihatan yang baik.

-Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

-Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

-Calon hendaklah tinggal atau berkerja dalam lingkungan 5 kilometer daripada balai atau boleh sampai masa lima minit ke Balai.

Baca juga: Lucu pun ada! Dulu takut tinggi, sekarang abang Bomba

4.Notis Kebenaran Daripada Majikan-Bagi calon yang berkerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan- Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai.

5.Cara mohon

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:

-Sekeping gambar terbaru berukuran pasport

-Notis kebenaran daripada majikan

-Salinan kad pengenalan

-Salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan

-Dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan

6. Tarikh tutup permohonan: 15 Februari 2023

Calon perlu hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin di Pusat-Pusat Pemilihan yang akan dimaklumkan melalui talian telefon atau surat menyurat.

Baca juga: Cadang ‘gumba’ jadi ‘bomba’, ini sejarah penting ramai yang tak tahu

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Kredit foto: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca