Sempat tunai hajat anak, wartawan kritikal di London meninggal dunia, sel kanser merebak seluruh badan

A
A
A

WARTAWAN hiburan, Fiza Kamarudin, 40, yang terdahulu kritikal dan tidak sedarkan diri di London disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia).

Adiknya Siti Nor Hazlinda, 39, berkata pendarahan otak itu disebabkan oleh sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan Allahyarham rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Kejadian berlaku beberapa jam sebelum mereka sekeluarga berlepas pulang ke tanah air.

Baca juga: Wartawan wanita tidak sedarkan diri & kritikal di London, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia lancar tabung khas

Menurut Siti Nor Hazlinda, percutian ke London adalah hajat terakhir Fiza bagi meraikan kedua anaknya, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

"Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana. Tetapi arwah cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti. Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak," katanya.

Ujar Siti Nor Hazlinda, suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli kini dalam proses perbincangan dengan kedutaan Malaysia di sana untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

Baca juga: Tingkatkan kesedaran kanser payudara. Saringan awal bantu kurangkan risiko, tingkat peluang sembuh

"Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia di sana.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan," katanya.

Allahyarham merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.

Beliau, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca