Senarai penuh 27 timbalan menteri kabinet perpaduan, 8 adalah wanita
SEMINGGU lalu 28 menteri kabinet diumumkan. Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan senarai 27 timbalan menteri sekali gus melengkapkan jentera pentabdiran Kerajaan Perpaduan.
Maka selesai sudah proses pelantikan yang merangkumi wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) ini.
Lebih membanggakan lapan daripada 27 timbalan menteri yang dilantik. Nama-nama baru dan lama bergabung iaitu Aiman Athirah Sabu, Datuk Rubiah Wang, Saraswathy Kandasami, Fuziah Salleh, Lim Hui Ying, Teo Nie Ching, Datuk Siti Aminah Aching dan Datuk Hanifah Hajar Taib.
Berikut adalah senarai penuh menteri dan timbalan menteri:
Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri 1: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri 2: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Menteri Kewangan: Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Seri Ahmad Maslan
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Rubiah Wang
Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Siti Aminah Aching
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Hasbi Habibollah
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Pembangunan Kerajaan Tempatan: Akmal Nasrullah
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Lew Chin Tong
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Mohd Yusof Apdal
Menteri Sains Dan Teknologi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi: Datuk Seri Arthur joseph Kurup
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Aiman Athirah Sabu
Baca juga: Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kelapan, 8 info menarik mengenainya
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Ramkarpal Singh
Baca juga: Bekas jaguh taekwondo, Azalina kembali sertai kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Datuk Hwang Tiong Si
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Saraswathy Kandasamy
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan: Khairul Firdaus Akhbar Khan
Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital: Teo Ni Ching
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan: Lim Hui Yi
Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama
Menteri Perpaduan Negara: Ago Anak Dagang
Timbalan Menteri Perpaduan Negara :
Menteri Agama: Datuk Mohd Na’im Mokhtar
Timbalan Menteri Agama :
Menteri Belia Dan Sukan: Hannah Yeoh Tseow Suan
Timbalan Menteri Belia Sukan: Adam Adli
Baca juga: Wanita kembali memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, 5 info mengenai Hannah Yeoh
Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Timbalan Menteri Kesihatan: Lukanisman Awang
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak): Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): Datuk Wilson Uggah
Terdahulu Anwar mendedahkan akan mengecilkan saiz kabinet.
Timbalan menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada jam 3.00 petang, 10 Disember 2023.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang