SEMUA maklum bahawa kita disarankan agar meminum air kosong sebanyak lapan gelas sehari. Namun ia bergantung kepada keadaan dan situasi.

Kini kita semua sedang menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan. Sudah tentunya tidak dapat meminum air pada waktu siang sehingga masa berbuka.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Walaupun berpuasa, badan kita tetap memerlukan air secukupnya bagi menyelaraskan suhu badan.

Perlu diketahui bahawa 60 hingga 70 peratus daripada badan kita adalah air.

Akibat kekurangan sumber utama itu, badan akan mengalami hidrasi sekali gus menjadikan badan lemah, letih, tidak bertenaga, pening, pitam, sakit tekak, demam, kulit menjadi gatal-gatal, kering serta menggelupas dan jika lebih teruk lagi akan menjadi strok haba.

Malah lebih teruk, jika pengambilan air kurang, risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan juga tinggi.

Jadi, jangan sesekali menganggap pengambilan lapan gelas air kosong tidak penting.

Baca juga Ibu hamil jangan paksa diri untuk berpuasa. Ini implikasi yang boleh kalian hadapi

air

Justeru, Bibir Merah kongsikan cara meminum air yang cukup bagi yang berpuasa.

1. Minum dua gelas ketika sahur. Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

2. Minum waktu tidur. Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Iklan

3. Selain itu, boleh juga memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Baca juga Tetap mahu bersenam pada bulan puasa? Ini antara langkah yang wajib diikuti

4. Elak minum banyak ketika berbuka. Jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum lapan gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

5. Seperti yang ketahui, kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah kesan kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

6. Bawa air ketika keluar malam. Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI