Tahniah! HPKK cipta sejarah buat julung kalinya lakukan pembedahan implan koklea

HOSPITAL Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakar sejarah apabila buat julung kalinya melakukan pembedahan implan koklea yang pertama semalam sejak ia mula beroperasi dua tahun lalu.

Prosedur pembedahan yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Perubatan, merangkap Ketua Unit Otorinolaringologi HPKK, Profesor Dr Goh Bee See, bersama pasukannya melakukan pembedahan tersebut terhadap seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Kanak-kanak tersebut dikenal pasti mengalami masalah pendengaran sejak berusia 11 bulan dan menjalani pembedahan implan koklea di telinga kirinya pada usia tiga tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada tahun 2018.

Semalam, kanak-kanak itu menjalani pembedahan implan koklea di telinga sebelah kanan dan menjadi kanak-kanak pertama melakukan pembedahan implan koklea di HPKK.

Pasukan Implan Koklear UKM yang terdiri daripada ahli akademik dan para profesional kesihatan termasuk pakar otorinolaringologi, audiologis, terapis pertuturan, pakar kanak-kanak dan ahli profesional sokongan yang lain telah berjaya menjalankan pembedahan terhadap lebih 600 pesakit yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan sejak 25 tahun lalu, yang mana kira-kira 85 peratus adalah daripada golongan kanak-kanak.

Baca juga Kanak-kanak boleh hidap tumor otak atau telinga jika sering bermain telefon. Ini implikasi mak ayah kena tahu

 

Implan koklea atau turut dikenali sebagai telinga bionik adalah alat elektronik yang dimasukkan melalui pembedahan bagi memberikan deria bunyi kepada individu pekak atau pendengaran terjejas teruk.

Tujuan pembedahan ini dilakukan adalah untuk menanam elektrod ke dalam koklea di bahagian telinga dalam bagi memastikan bunyi boleh disampaikan kepada otak melalui rangsangan elektrik daripada elektrod ke saraf pendengaran.

INFO

1. Implan koklea adalah alat elektronik yang dipacak di bahagian dalam kepala melalui pembedahan bagi membantu individu yang bermasalah pendengaran sensorineural untuk mendengar bunyi.

2. Fungsi implan koklea berbeza dengan alat bantu pendengaran konvensional, di mana alat bantu pendengaran konvensional berfungsi untuk menguatkan bunyi, manakala implan koklea pula menggantikan fungsi koklea di bahahadian telinga dalam yang rosak bagi memproses bunyi untuk menghantar signal ke otak.

Bagaimana mendengar dengan implan koklea;

  • Bunyi dikumpulkan melalui mikrofon di pemproses bunyi.
  • Pemproses bunyi menukarkan bunyi ke informasi digital.
  • Set kepala bermagnet menghantar informasi digital ke implan.
  • Baris elektrod menghantar signal elektrik ke saraf pendengaran.
  • Saraf pendengaran menghantarnya ke otak di mana akan ditafsirkan sebagai bunyi.

Pesakit yang sesuai untuk implan koklea;

1. Umur calon

Kanak-kanak yang mendapat masalah pendengaran berusia di bawah empat tahun. Namun begitu pesakit yang berumur lebih dari empat tahun masih boleh dipertimbangkan mengikut kes kesesuaian.

Tiada had maksimum umur untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak yang telah memperolehi kemahiran bertutur jika mereka tiba-tiba disahkan mengalami masalah pendengaran.

2. Tahap keterukan masalah pendengaran

Pesakit yang mempunyai pendengaran sensorineural tahap teruk ke tahap sangat teruk di kedua-dua belah telinga.

Iklan

Baca juga Awas! 4 perkara yang biasa dilakukan boleh menyebabkan telinga pekak

3. Percubaan alat bantu pendengaran

Sebelum pesakit dipertimbangkan untuk pembedahan pemasangan implan koklear, pesakit haruslah menggunakan alat bantu pendengaran konvensional secara konsisten di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pegawai audiologis akan membuat penilaian sekiranya pesakit tidak mendapat manfaat daripada alat tersebut, implan koklear akan dicadangkan.

4. Tahap kesihatan pesakit

Pesakit tidak mengalami masalah ketiadaan saraf pendengaran.

Iklan

Pesakit tidak mempunyai masalah kesihatan lain yang boleh menghalang pesakit daripada menjalani pembedahan.

5. Penglibatan pesakit dan penjaga

Pesakit memberi komitmen berterusan semasa sesi penilaian dan terapi dan sesi rawatan.

Sumber: ukminsta, myhealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!