TGV Pavilion Bukit Jalil, pawagam pertama di Malaysia tawarkan IMAX, Laser System & 12-Channel Sound Technology

KEPADA seluruh penduduk Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan sekitarnya, kini anda tak perlu pergi jauh-jauh untuk menonti wayang lagi.

Ya, TGV Cinemas kini sudah berada di TGV Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Sudah semestinya, persekitarannya lebih inovatif, menarik dan interaktif disediakan demi meningkatkan pengalaman tontonan filem anda.

Secara keseluruhannya, terdapat 16 buah dewan dan 1,555 jumlah tempat duduk.

Setiap dewan dilengkapi dengan 100 peratus skrin digital, kerusi rehat yang selesa termasuj ruang kaki yang luas untuk keselesaan optimum.

TGV Cinemas juga telah bekerjasama dengan Mattel South Asia untuk menyediakan City of Play terbesar di TGV Pavilion Bukit Jalil dengan keluasan 189.61 meter persegi.

Menariknya lagi, lokasi itu juga merupakan pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology.

Ia sekali gus memberi pengalaman tontonan filem yang imersif, multidimensional, lebih realistik dan kualiti gambar yang lebih cerah serta realistik dengan kontras warna yang lebih dalam.

BACA JUGA: Pawagam dalam talian pertama di Malaysia, Film Wallet PVOD cetus revolusi baharu

WIFI KELAJUAN TINGGI

Serentak dengan itu, TGV Pavilion Bukit Jalil juga mempamerkan ruang legar dengan pengalaman audiovisual multisensori yang tiada tandingan, lengkap dengan skrin LED dari lantai ke siling yang memukau untuk tayangan filem lebih dinamik.

Penonton filem dialu-alukan untuk bersantai dan bersosial di ruang rehat yang direka mengikut tema filem sambil menikmati Wifi kelajuan tinggi percuma yang tersedia di seluruh kawasan pawagam.

Lokasi TGV baharu itu juga mempunyai tiga dewan Indulge yang eksklusif untuk pengalaman menonton filem premium serta dua dewan Beanie yang mana para penonton boleh menonton filem dalam pod beanbag.

BACA JUGA: Rasa macam tonton filem di panggung bila pakai cermin mata Lenovo Legion Glasses. Main game pun puas hati

Iklan

BACA JUGA: Berundur ketika di puncak, Hairul Azreen umum bersara selepas 15 tahun, Malbatt Misi Bakara buah tangan terakhir

 

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Tan Lay Han berkata, TGV Cinemas komited untuk menerajui inovasi sinematik dan menyampaikan pengalaman menonton filem yang luar biasa.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan pawagam kami sebagai pilihan tempat untuk meluangkan masa membawa rakan, keluarga dan insan tersayang. Kami mengalu-alukan semua untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ini dan merasai dewan baharu kami secara langsung,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran TGV Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Hah…Jangan lupa saksikan filem Marvel Studios’The Marvels dalam IMAX bermula dari 9 November lalu untuk pengembaraan sinematik yang tiada tandingan di TGV Pavilion Bukit Jalil hari ini!

Iklan

Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang