Tiada PKP menjelang Aidilfitri hanya PKPD kawasan terlibat, orang ramai lega

Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat
Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat
A
A
A

DESAS-DESUS orang ramai berhubung sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ibarat akan menjadi seperti dua tahun lalu akhirnya terjawab.

Ternyata perkara dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat ramai menarik nafas lega.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Semalam, Ismail Sabri memaklumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan di negara ini pada masa akan datang dalam berhadapan pandemik Covid-19.

Beliau memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi sekatan jalan raya kepada seluruh umat islam menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Berikut penjelasan beliau berkaitan perkara demikian;

1. Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

3. Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD.

Baca juga Rentas negeri tiada lagi SJR, pastikan patuh SOP! PDRM tetap buat pemeriksaan randoms

4. Spekulasi mengenai penutupan ekonomi menyebabkan rakyat tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri sama sekali tidak benar dan tidak perlu bimbang kerana tidak akan ada lagi sekatan jalan raya berkaitan Covid-19 dilaksanakan.

raya aidilfitri

5. Beliau turut mengulas berkaitan peningkatan jumlah kes Covid-19 yang merekodkan sebanyak 4,115 kes kelmarin dan hal tersebut sangat membimbangkan.

6. Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang, kita tidak mahu negara kita mencapai angka seperti negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.

7. Kes perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan endemik apabila jumlah jangkitan di bawah 1,000.

Sementara itu, pengumuman tersebut disambut penuh kegembiraan warga maya dan berharap kes jangkitan akan menurun selepas ini.

Ujar mereka;

"Kat Perak ni dah banyak daerah kena PKPD tapi tak ada terjejas pada semua orang pun. Namanya PKPD bersasar. Korang pun kalau beraya bukan duduk diam. Sana sini pergi. Memang elok buat macam tu."

Baca juga Jujur lakukan swab sebelum rentas negeri, ini cara tepat guna air liur

"Kalau tahun-tahun sebelum ni memang excited dengar berita macam ni sebab boleh beraya dengan mak tersayang, tapi tahun ni dah takde makna mak saya pergi selamanya akibat covid."

"Laluilah hidup dengan aman dan tenang tak payah pening kepala fikir, suka sangat buat spekulasi sendiri lepas ut kongsi benda yang tak pasti, hati sendiri yang susah."

"Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua, moga kes jangkitan Covid-19 juga menurun... insya-ALLAH."

"Mudah-mudahan betullah cakap PM tu. Nak beraya tahun ni, dah lama tak jumpa sedara mara... rindu nak borak-borak, bergurau senda."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca