MASIHKAH anda ingat memori kali terakhir mendapat kad raya atau memasang pelita buluh untuk malam tujuh likur?

Itulah antara tradisi Hari Raya yang semakin pudar dan dilupakan seiring dengan peredaran zaman.

Malah, tidak keterlaluan andai dikatakan, itu juga sebahagian daripada faktor yang membuatkan suasana kemeriahan menyambut lebaran semakin suram.

Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

Itu belum bab menganyam ketupat, menghias rumah, mengacau dodol dan sebagainya.

Jika dahulu, seminggu sebelum raya, kaum Adam sudah sibuk masuk ke hutan untuk mendapatkan buluh bagi dijadikan pelita yang menggunakan minyak tanah, sekarang ini rasanya memang susah nak lihat ‘adegan’ itu.

Jom SinarPlus kongsikan kembali beberapa tradisi atau amalan orang dulu-dulu lakukan setiap kali nak menyambut Syawal:

1. Pemberian kad raya

Kalau dahulu, ini antara benda wajib yang akan dilakukan, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Memori pemberian kad raya ini sememangnya meninggalkan sentimental value dalam diri seseorang.

Malah, ada yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya memilih kad raya dan sanggup beratur di pejabat pos untuk membeli setem.

Itu belum lihat skil menggantung kad raya sebagai hiasan di dinding atau ruang tamu rumah.

Pun begitu, dengan ledakan kecanggihan teknologi, masyarakat kini memilih media sosial untuk menghantar kad baik menerusi WhatsApp, Facbeook, Instagram dan sebagainya.

Kredit gambar FB Saifulbahri

2. Pasang pelita minyak tanah

Selain penggunaan buluh, ada juga yang memilih bahan terpakai seperti tin susu untuk dijadikan pelita.

Budaya memasang pelita ini biasanya dimulakan 10 malam terakhir.

Selain memudahkan orang kampung berjalan ke surau atau masjid, pemasangan pelita turut dikaitkan dengan malam Lailatulqadar.

Namun, kini, ramai yang memilih memasang lampu lip lap atau yang siap pasang berbanding pelita minyak tanah.

Kredit gambar FB Zack Rahim

Baca lagi ‘Untung isteri, rumah lawa suami baik.’ Black Hanafiah kongsi suasana kediaman raih pujian. Kemas & tenang jer!

Selain menjimatkan kos, cara begitu dilihat lebih mudah dan tidak leceh.

Cuma, tiada lagi kemeriahan anak-anak berlari ke sana ke mari sambil bermain bunga api dengan ditemani cahaya pelita minyak tanah.

3. Anyam ketupat & bakar lemang

Kalau dahulu, seminggu sebelum raya, mak-mak orang paling sibuk mencari daun palas atau daun kelapa muda.

Bahan-bahan lain seperti beras pulut dan santan sudah disiapkan awal-awal lagi.

Kredit gambar FB Zasmawati

Pun demikian, kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga membuatkan ramai yang mengambil jalan mudah membuat tempahan.

Tahu-tahu sudah sampai di hadapan pintu rumah. Lama-lama, tradisi menganyam kian dilupakan.

Jika ditanya generasi sekarang pandaikah menganyam ketupat pasti gelengan kepala yang diterima.

Malah, jika diminta berbuat demikian pasti terkial-kial, kesudahannya apa pun tak jadi.

Itu belum bab membakar lemang. Biarpun mengambil masa yang lama dan terpaksa menahan panas, namun segala kepenatan hilang bila mana anak-anak dan cucu memuji keenakan lemang yang disediakan.

Demikian juga dengan proses memasak dodol, rendang, buat kuih Raya dan sebagainya. Masihkah ada amalan tersebut sehingga kini? Macam susah nak jumpa, kan?

4. Tunggu pengumuman Hari Raya

Debaran menanti pengumuman raya tidak sama dengan zaman sekarang.

Jika dahulu, semua berkumpul di hadapan televisyen dan saat diumumkan esok raya, semua menjerit dan bersorak gembira.

Iklan

Namun, situasi tersebut sudah tidak dirasai.

Kebanyakan anak-anak masa kini lebih suka menghadap gajet dan ada yang tidak kisah pun saat mendapat berita tersebut.

Sementelah, kini orang sudah boleh meneka tarikh raya.

Walaupun pengumuman tersebut masih bergantung kepada sesi melihat anak bulan, namun sekarang tarikh Hari Raya ditetapkan dalam kalendar berdasarkan kiraaan rukyah dan hisab.

5. Bersalaman pagi raya

Momen paling dinanti-nantikan sebelum atau selepas pulang daripada solat raya.

Bagi yang lahir dalam keluarga ramai, inilah masa yang paling menyeronokkan. Ramai-ramai beratur menanti giliran. Usik-mengusik membawa bahagia.

Lebih gembira ketika ini pastinya anak-anak kerana selepas bersalaman, masing-masing akan mendapat angpau duit raya.

Namun, semuanya sudah berbeza, ada juga yang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti berbanding pulang beraya ke kampung.

Tradisi mohon ampun maaf sudah dipinggirkan dan jika ada yang pulang ke kampung sekalipun, ada yang membuat hal sendiri atau leka menonton televisyen 24 jam. Rugi kan momen sebegini tidak diamalkan!

Baca lagi Sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah, semangat dan tenang. Pengakuan eksklusif Puteri Sarah

Iklan

6. Kumpul duit raya

Bagi yang pernah melalui situasi ini, pasti akan tersenyum sendiri mengingatkan memori sewaktu kecil itu.

Bersama kawan-kawan berjalan pusing satu kampung semata-mata mahu mengumpul duit raya.

Meskipun jumlah duit raya yang diberikan dahulu sedikit berbanding kini, namun keseronokkan itu yang lebih bermakna.

Anak-anak sekarang sudah tidak berbuat demikian, apa tidaknya, balik kampung jarang sekali.

Malah, ada yang terperuk dalam bilik bermain gajet daripada mencari kawan di kampung.

Itu antara sebahagian amalan menyambut lebaran di kampung yang semakin dilupakan.

Semoga selepas ini, masih ada yang menyambung tradisi tersebut kerana itu juga salah satu cara mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga, sanak saudara dan juga kawan-kawan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.