BERGELAR selebriti dan sibuk dengan lakonan tidak menghalang pelakon Ezzaty Abdullah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.

Dalam satu perkongsian bersama SinarPlus, isteri kesayangan Azwan Kombos itu mengakui tetap mencuri masa menyediakan hidangan buat keluarganya.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu bagaimanapun mengakui tahun ini beliau tiada pilihan dan terpaksa turun ke set penggambaran.

“Kalau tahun-tahun sebelum ini, saya lebih suka tidak bekerja waktu bulan puasa. Selalunya saya penuhi masa dengan pulang ke kampung suami atau mengadakan aktiviti bersama anak-anak, selain turun padang untuk aktiviti amal.

“Cuma kali ini saya terpaksa berbuat demikian (shooting) kerana mahu siapkan cepat drama untuk tayangan kelak,” jelas Ezzaty yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2012.

Baca ni ‘Lawanya rumah, ingat dekat luar negara.’ Isteri Rahim Sepahtu kongsi gambar rumah, siap ada mini golf bikin ramai teruja!

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turut sama memeriahkan Majlis Pelancaran Program Ramadan TV Al-Hijrah baru-baru ini.

Pun demikian, ungkap selebriti jelita itu, dirinya tetap akan pastikan kewajipan sebagai isteri dan ibu tidak terabai.

“Biasanya saya akan masuk dapur dan masak untuk suami selepas balik shooting. Waktu sahur suami yang akan bangun untuk panaskan,” ujar anak kelahiran Bentong, Pahang itu lagi.

Katanya, hanya waktu berbuka sahaja suaminya akan beli juadah di luar.

“Itupun jika saya ada masa, kadangkala call time lambat sedikit, sempatlah saya masak siap-siap untuk suami berbuka,” kata beliau yang gemar masak dan mahu air tangan isteri menjadi hidangan buat anak dan suami tersayang.

Dalam kesibukan bekerja, empunya diri bersyukur apabila hasrat untuk bertarawih di masjid tahun ini tercapai berikutan sudah ada pembantu yang boleh menjaga dua anak kecilnya masing-masing berusia lima tahun dan setahun dua bulan.

Baca lagi ‘Untung isteri, rumah lawa suami baik.’ Black Hanafiah kongsi suasana kediaman raih pujian. Kemas & tenang jer!

BERCUTI KE PULAU

Ditanya perancangan sambutan Syawal tahun ini, Ezzaty mengakui belum pasti akan beraya di Semenanjung Malaysia atau Sabah berikutan suaminya belum membuat keputusan.

“Biasanya setiap tahun kami akan pulang beraya di Sabah, tetapi kali ini Azwan (anak kelahiran Sabah) belum bagi kata putus. Kalau pulang ke kampung suami, kami akan pergi bercuti.

“Hari raya pertama kami akan pergi beraya terlebih dahulu, kemudian barulah membawa adik beradik dan ahli keluarga sebelah Azwan untuk mandi-manda di sungai atau pantai. Hari raya ketiga barulah kami akan pulang ke Semenanjung,” katanya.

Mengulas sedikit akan perkembangan sebagai anak seni, pelakon yang memiliki wajah mirip selebriti dari negara seberang iaitu Acha Septriasa kini tampil dalam drama Kesempatan Kedua yang ditayangkan di stesen televisyen Al-Hijrah.

Iklan

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

IMARAHKAN RAMADAN

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Namanzee Harris berkata, Al-Hijrah pada tahun ini mengangkat tema Imarahkan Ramadan #EratkanJalinan dalam penyediaan kandungan atau program televisyen mereka.

Selain itu, mereka turut mencipta kelainan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menerusi program yang dinamakan Al-Hijrah On The Bus, stesen penyiaran tersebut menyediakan pengangkutan bas secara percuma.

Iklan

Empat buah bas milik Mara Liner Sdn Bhd yang bekerjasama dengan stesen berkenaan bakal membawa 180 penonton setia pulang beraya ke kampung secara percuma pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Perjalanan akan merangkumi rangkaian jalan raya di utara, selatan dan timur iaitu Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu untuk balik kampung.

Untuk makluman, perjalanan pertama Al-Hijrah On The Bus akan berlepas pada Jumaat, 14 April ke Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Gambar: Instagram ezzatyabdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi