BEBERAPA hari lalu, timbul isu berkaitan tindakan kalangan ibu bapa yang mendaftarkan nama anak tanpa meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dan nama ayah pada Mykid atau sijil kelahiran.

Sedangkan perkara tersebut sudah lama digunakan orang kita di mana nama si kecil dan bapanya akan dihubungkan dengan perkataan Arab bin atau binti yang membawa makna ‘anak lelaki ’ dan ‘anak perempuan.

Baca juga Daftar nama anak tanpa bin atau binti untuk mudahkan urusan trend terkini ibu bapa muda

Bagaimanapun, jika dilihat kepada syarat permohonan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebenarnya tidak ada syarat yang mewajibkan untuk bin atau binti ini diletakkan dalam nama anak.

Namun, jika penjaga mahu menggugurkan perkataan bin dan binti pada nama anak, mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh JPN.

Seperti dalam perkembangan terbaharu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ada menjelaskan perkara berkenaan dalam sebuah penulisan di portal milik pihaknya, iaitu Bayan Linnas, Siri Ke-267.

Menurut laman web tersebut, berikut perincian yang jelas untuk ibu bapa;

1. Dari aspek adat setempat memang sejak dahulu di Malaysia, setiap nama bagi individu muslim akan diletakkan bin atau binti berpandukan tradisi perletakan nama dan nasab para Rasul, Sahabat dan seluruh ulama Islam.

2. Jadi, tidak benar tanggapan sebahagian masyarakat yang mengatakan bangsa Arab sendiri tidak menggunakan perkataan tersebut dalam nama mereka sedangkan ianya masih ada sehingga hari ini kerana bangsa Arab merupakan bangsa yang amat mementingkan asal usul keturunan mereka.

Baca juga Wanita pakai mekap, perokok, individu tak sihat dan cirit-birit jangan sentuh bayi. Ini mungkin terjadi

jual bayi

3. Apa yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia adalah selari dengan amalan bangsa Arab dan dikira sebagai ‘uruf (adat setempat).

4. Namun, dalam konteks Islam, nasab dan keturunan merupakan perkara penting yang perlu dipelihara dengan baik demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat.

5. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kerosakan terhadap institusi kekeluargaan kerana boleh mengelirukan susur galur keturunan selain ia juga akan menimbulkan fitnah dan masalah terhadap pembahagian harta pusaka.

6. Meskipun tanpa meletakkan bin atau binti tidak akan merosakkan institusi kekeluargaan dan tidak jejaskan nasab, namun akibat normalisasi amalan ini kelak akan mengakibatkan penyalahgunaan sebahagian individu yang ada berniat jahat.

Iklan

Baca juga Pelik tapi benar, sapu bayi lahir czer dengan cecair alat sulit ibu tingkatkan imuniti, kuatkan perkembangan saraf

Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

7. Dalam konteks ini, contoh yang diberikan adalah sekiranya tiada bin atau binti, seseorang boleh membuat helah bagi menyembunyikan status anak angkatnya.

8. Jadi, tidak meletakkan bin atau binti pada nama anak ketika pendaftaran adalah sah di sisi undang-undang, namun dari segi syarak meletakkan bin dan binti adalah penting.

9. Hal ini adalah bagi menjaga institusi kekeluargaan masyarakat Islam daripada sebarang kerosakan seperti yang disebutkan di atas.

Iklan

Baca juga Wanita hamil jangan pandang remeh tekanan darah tinggi, risiko sawan, pendarahan otak, tumbesaran baby terbantut

Semoga bermanfaat!

Sumber: Bayanlinas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!