Video lama keracunan gas di Johor, KKM perjelas rakaman pelajar tular bukan akibat vaksin

A
A
A

BARU-baru ini tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan pelajar sekolah jatuh sakit susulan pengambilan vaksinasi Covid-19.

Video berdurasi lima minit itu dipercayai tular melalui platform media sosial Whatsapp mengatakan kejadian tersebut terjadi di sekolah selepas disuntik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman sosial Facebook rasmi mendedahkan video yang disebarkan merupakan kesan pencemaran beberapa tahun lalu.

“Untuk makluman, video tersebut adalah video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang Johor pada tahun 2019.

“Orang awam diminta untuk tidak menyebarkan maklumat palsu ini,” kongsinya.

Baca juga: Perlukah Dos Ke-4? Malaysia Wajar Ikut Saranan Dari CDC Dan WHO - Pakar

Video berkenaan telah pun tular pada Mac 2019 yang memaparkan sekumpulan pelajar menerima bantuan perubatan susulan keracunan kimia kritikal di Pasir Gudang, Johor.

Warga maya mencadangkan KKM agar mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar video terbabit kerana mengundang fitnah.

-“Buat laporan polis, tangkap, caj di mahkamah.”

-“Sila ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar video berkenaan.”

-“Tidak pasti jangan kongsi.”

-“Kenapalah suka buat andaian benda tidak pasti. Sudah terbukti fitnah.”

Diharapkan kita mempertimbangkan apa sahaja yang tular di media sosial. Jika kurang pasti, hentikan penyebarannya.

Baca juga: Status Vaksin Penerima Sinovac ‘Putih’ Jika Tidak Ambil Dos Penggalak, 5 Info Ini Anda Perlu Tahu

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca