[VIDEO]"Amazing! So Malaysian!", iklan Malaysia Airlines tarik perhatian ramai

A
A
A

"AMAZING!" Ya, itu perkataan yang tepat apabila melihat video iklan baharu Malaysia Airlines.

Video berslogan "Satu, Dua, Tiga, JOM! Malaysia Airlines Dalam Video Keselamatan Penerbangan" itu diterbitkan oleh ENFINITI.

Manakala debut arahan skrin oleh Datin Sri Tiara Jacquelina dengan kerjasama Malaysia Airlines.

Video tersebut juga menampilkan ikon negara dalam pelbagai bidang seperti ikon kemanusiaan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Gimnas Olimpik, Farah Ann Hadi, pereka fesyen Syomir Izwa Gupta, Ahli Astrofizik terkenal, Tan Sri Mazlan Othman, Krew Kabin MH.

Baca juga Jarang berlaku, wanita hamil dua kembar lelaki dan dua kembar perempuan tanpa rawatan kesuburan

Tambah mengagumkan, penampilan Datuk Yusry Halim, Datin Lisa Surihani dan anak-anak mereka, pelakon Diana Danielle dan Sangeeta Krishnasamy, Miss Malaysia Universe Francisca Luhong, dan Pereka Produksi yang memenangi anugerah Raja Malek, Rapper Arafah Edruce @ Arabyrd, sensasi Media Sosial Azman Naim, Jazz Songbird Ida Mariana, Ratu restoran dan resort Maple Loo , barisan pelakon OlaBola the Musical serta 60 lagi rakyat Malaysia dari semua kaum.

Fuh! lain macam betul aura video demo atau taklimat keselamatan Malaysia Airlines kali ini sehingga mencuri perhatian ramai sejak dimuat naik semalam.

Warga maya teruja menonton sehingga habis video berdurasi 7 minit 23 saat itu dan ada yang terpegun melihat jelmaan figura rockers tanah air.

Baca juga Wow! Bercuti 10 hari ke Turki hanya RM3,444, lelaki ini kongsikan

Ujar mereka;

"Superb awesome... thumbs up guys...love it!"

"Amazing! So Malaysian!"

"Cant wait to fly with Malaysia Airlines."

"Luvvv the creativity of this ads. Kudos to Puan Sri Tiara Jacquelina for directing it!"

"Damn!! Terus rasa nk naik mas hr nie juga.. mesti goosebumps giler bila tgk video nie dr atas fight.. terbaik...

"Love it! I'll be sure to memorize this song before my next flight.. Goosebumps eh!"

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca