LAPORAN terkini daripada Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Communicable Disease Control atau CDC) mendedahkan bahawa virus Covid-19 dikatakan boleh tersebar melalui kasut.

Hal tersebut dikongsikan menerusi laman sosial Facebook, Public Health Malaysia baru-baru ini.

Dimaklumkan, kajian yang dilakukan di sebuah hospital di Wuhan, China menunjukkan permukaan seperti lantai, tetikus komputer, tong sampah, penghadang katil dan juga tombol pintu di unit rawatan rapi (ICU) tercemar wabak tersebut.

Lebih mengejutkan, sebanyak 100 peratus kadar positif juga didapati di lantai bilik farmasi yang sepatutnya bersih memandangkan tiada pesakit virus ditempatkan di kawasan berkenaan.

Berdasarkan teori Covid-19 dikatakan merebak melalui kasut apabila mendapati 50 peratus tapak kasut staf ICU positif. Situasi itu menunjukkan kasut kakitangan perubatan juga boleh menjadi punca kepada perebakan virus ke tempat lain.

covid 19
INFOGRAFIK mengenai virus Covid-19 dikesan di tapak kasut pasukan perubatan di ICU, Wuhan di China. Foto: Facebook Public Health Malaysia

Bagaimanapun, setakat hari ini kajian terbabit tidak dapat membuktikan sama ada virus yang dikesan itu masih hidup atau mempunyai keupayaan untuk menjangkiti manusia.

Iklan

Pun begitu, berpandukan kajian berkenaan jelas menunjukkan betapa pentingnya langkah mengamalkan sanitasi ketika berada di luar ataupun pulang ke rumah.

Dalam pada itu, staf kesihatan sentiasa diingatkan agar menggunakan set lengkap peralatan pelindung diri(PPE) setiap kali mengendalikan pesakit Covid-19.

Iklan

Info hasil kajian dikesan positif di sebuah hospital Wuhan, China:
– 50 peratus tapak kasut pekerja ICU
– 60 peratus tong sampah ICU
– 100 peratus lantai farmasi (tiada pesakit)

Terdahulu, pada bulan Januari lalu agensi berita Xinhua melaporkan penularan Covid-19 berkemungkinan berpunca dari pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei di China sehingga wabak berkenaan mencecah status pandemik di seluruh dunia.