KREATIF menggayakan kain sarong sambil berlari sejauh tiga kilometer!

Itu keunikan acara larian sihat, Sarong Heritage Fun Run x SinarPlus bertemakan sarong tradisional yang julung-julung kali diadakan pada Sabtu sempena Mighty MPP X Kolej Fest anjuran bersama Barisan Majlis Pengetua.

Hasil pemerhatian kami, lebih 780 peserta yang mengambil bahagian masing-masing memperagakan kain batik dengan cara tersendiri.

Baca juga: Meriah! Lebih 100 pembaca gamatkan Live Your Life di District 21

Baca juga: Catat rekod dunia berlari sambil sorong 5 anak kembar! Usaha lelaki ini buat ramai kagum

Mereka dilihat maintain dengan fesyen yang distailkan sepanjang 3 kilometer berlari sehingga ke garisan penamat di Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Tahniah kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori lelaki dan wanita!

Terdahulu, pelepasan acara disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Pengarah Projek Sarong Heritage Fun Run x SinarPlus, Nur Athira Kamilia Abdul Rahim berkata, program tersebut dianjurkan adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berenergetik dan bersemangat tinggi.

Baca juga: Berlari-lari anak setiap hari mampu jauhi risiko penyakit kronik

Nur Athira Kamilia

“Selain itu, menariknya lagi tentang program berkenaan, wang kutipan yang diperoleh nanti akan disumbangkan kepada Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) UiTM,” ujarnya sambil memberitahu, projek itu sebenarnya adalah sebahagian daripada Mighty MPP X Kolej Fest yang merangkumi Konsert Kolej Patah Hati dan Maqon Maqon Festival.

Dalam pada itu, Editor Eksekutif Gaya Hidup SinarPlus, Meen Tahrin berkata, pihaknya berbesar hati apabila dapat menjalin kerjasama dengan warga UiTM yang sentiasa berdaya saing.

Iklan
Editor Eksekutif Gaya Hidup SinarPlus, Meen Tahrin

Baca juga: Sesak nafas naik tangga 2 tingkat mungkin alami masalah jantung, ini yang anda wajib tahu

“Diharapkan dengan kolaboratif ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihaknya. Semoga jenama SinarPlus yang merupakan sisipan akhbar Sinar Ahad yang diterbitkan pada setiap Ahad akan dapat terus menjadi wadah kepada warga UiTM,” ujarnya.

Rata-rata peserta ditemui berkata, mereka begitu teruja menyertai acara berkenaan dengan tema yang menampilkan keunikan dan keindahan kain tradisional wanita Melayu itu.

Iklan

Oleh: Siti Nor Faezah Muda, Azma ML

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!