Waspada! Banjir besar mungkin berlaku dalam tempoh tiga hari ini, 13 fakta berkaitan

banjir
banjir
A
A
A

WASPADA! Negara kita kemungkinan akan dilanda banjir besar dalam tempoh beberapa hari ini.

Itu berikutan susulan fenomena luruan monsun dan dirangsang oleh fenomena La Nina dan Indian Ocean Dipole (IOD) yang masih aktif melanda negara.

Menurut Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah, berikut tujuh 13 fakta berkaitan;

1. Luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif IOD menyebabkan peningkatan hujan sehingga membawa kepada berlakunya kejadian banjir terutama di Pantai Timur.

2. Ramalan dari model global seperti di Nullschool.net meramal hujan lebat berterusan sehingga tengah malam Selasa.

3. Dalam tempoh tiga hari ini kemungkinan berlaku banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Isnin di negeri Kelantan dan Terengganu.

4. Fenomena La Nina dan negatif IOD yang bertindak selari telah merangsang cuaca hujan secara berterusan berlaku beberapa negeri di Malaysia.

5. Kekerapan hujan lebat meningkatkan potensi banjir besar dijangka berlaku dalam tempoh tiga hari ini.

Baca juga #UndiBanjir trending di Twitter, 10 foto banjir di Selangor raih perhatian warga maya

banjir Gambar Fail

6. Selain itu, hujan secara berterusan itu menyebabkan paras air sungai berada pada paras bahaya.

7. Air sungai akan melimpah disebabkan taburan hujan yang tinggi sekali gus membawa kejadian banjir besar di beberapa negeri.

8. Beberapa negeri yang dijangka mengalami kejadian banjir besar antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

9. Bagaimanapun, fenomena La Nina dan negatif IOD diramal kembali reda pada hujung tahun ini.

10. Fenomena La Nina dan negatif IOD itu akan melemah dan menjadi neutral. Dengan itu ia akan mereda rangsangan untuk hujan daripada tahap luar biasa selain tidak berlakunya cuaca hujan secara berpanjangan.

11. Jadi awal tahun 2023 cuaca dijangka baik dan kembali pulih khasnya di negeri-negeri pantai Timur.

12. Ini kerana lazimnya musim hujan lebat di Sabah dan Sarawak berlaku pada bulan Januari dan Februari yang mana sebulan lewat dari Semenanjung.

13. Maka fenomena hujan lebat monsun timur laut dijangka tidak reda lagi di Malaysia Timur.

Oleh itu, SinarPlus kongsikan langkah-langkah persediaan menghadapi musim banjir.

DI RUMAH

1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Baca juga Panduan keselamatan elektrik ketika dan selepas banjir, ini saranan Tenaga Nasional Berhad

Gambar fail. Banjir di Sri Muda, Selangor pada Disember 2021.

SEMASA BANJIR

1. Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir.

2. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.

3. Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.

4. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.

5. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

6. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA PEMINDAHAN

1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.

DI DALAM KENDERAAN

1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.

DI DALAM RUMAH

1. Dengar pengumuman daripada radio, televisyen atau pihak tertentu.

2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.

3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

4. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.

5. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.

6. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

7. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

8. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

9. Jangan minum air banjir.

Baca juga Penyakit-penyakit yang boleh menimpa orang ramai tatkala musim banjir. Kena peka dan ambil tahu

Gambar fail.

SELEPAS BANJIR

1. Dengar pengumuman daripada radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).

3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.

4. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.

5. Sentiasa berhati-hati dalam setiap keadaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca