10 tahun menanti anak, Julfekar sambut kehamilan isteri sebagai hadiah Hari Bapa paling bermakna

A
A
A

PENANTIAN selama 10 tahun komposer Julfekar Ahmad Shah, 58, untuk menimang cahaya mata bakal berakhir selepas isteri, penyanyi Min Yasmin disahkan hamil.

Menyambut Hari Bapa baru-baru ini, Julfekar berkongsi berita gembira dan mengesahkan kedua-dua ibu dan kandungan dalam keadaan sihat.

Baca juga: Hadiah hantaran gol, Safawi sahkan Syifa hamil 6 bulan, sambut cahaya mata sulung tak lama lagi

“Alhamdulillah Min Yasmin pregnant.

“Finally after almost 10 years we has been married.

“Semoga baby dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat sampai dilahirkan.

“Ya ALLAH jagalah bayi ini untuk kami dan semoga dipermudahkan,” titipnya yang turut memuat naik foto alat penguji kehamilan yang memaparkan usia kandungan lebih tiga minggu.

Malah, menurut Julfekar, isterinya Min Yasmin membuat ujian kehamilan sebanyak tiga kali kerana tidak percaya ada malaikat kecil di dalam rahimnya.

“Min did arrange all this surprises to reveal that we are now expecting. She don't even believe it until she did the pregnancy test three times.

“Personally, this is one of the meaningful Father's Day gift for me. Happy Father's Day to all dad out there,” kongsinya.

Baca juga: Darah tinggi ketika kehamilan boleh menyebabkan sawan, ini pentingnya ubat cair darah

Julfekar dan Min Yasmin atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz berkahwin pada April 2014 dalam satu majlis di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ia adalah perkahwinan kedua buat Julfekar kerana komposer itu terdahulu memiliki empat orang cahaya mata daripada perkahwinan pertama.

Baca juga: Juliana Evans selamat bersalin, timang anak perempuan kedua

10 INFO PADA AWAL KEHAMILAN

1. Ibu mungkin akan mengidam.

2. Warna areola pada payudara menjadi gelap daripada biasa.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi.

4. Kerap membuang air kecil.

5. Keletihan.

6. Sakit dan rasa tengang pada payudara.

7. Deria rasa berubah di mana mulut berasa sedikit payau.

8. Alami alahan mengandung seperti loya dan muntah.

9. Tidak didatangi haid.

10. Ujian kehamilan positif.

11. Perubahan emosi.

12. Sentiasa lapar.

Jika ibu mula mengalami tanda-tanda di atas, segeralah ke klinik untuk pemeriksaan.

Dan jika betul hamil, ibu perlu membuat pemeriksaan secara berkala di klinik atau hospital secepat mungkin.

Pemeriksaan kehamilan secara berkala penting agar anda selamat menempuhi fasa indah bersama si kecil. Tahniah!

Baca juga: Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

Sumber: MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca