PENYANYI Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah dan yakin boleh mempertahankan rumah tangganya.

Jelas Aliff, perasaaannya ketika ini bercampur baur dan memohon semua pihak menghormati proses mahkamah. Bahkan katanya, masing-masing mempunyai kekhilafan dan kesilapan.

“Saya dan dia (Bella) masing-masing membuat kesilapan. Namun ini (penceraian) bukanlah keputusan yang boleh dibuat secara terburu-buru tanpa memikirkan segala hal.

“Dalam hal rumah tanggga sepatutnya tiada pengaruh luar. Saya meminta jasa baik rakan media untuk memberi ruang agar prosedur ini berjalan seperti yang dirancang oleh pihak mahkamah.

Baca juga: Video ibu Bella Astillah runtun hati warga maya. ‘Jika lelaki menyakitimu, pulanglah ke pangkuan keluarga’

Baca juga: Aliff Aziz buka mulut, kongsi cerita sebenar khalwat dengan Ruhainies. ‘Hanya makan-makan bersama keluarga’

Baca juga: ‘Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa.&’Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

Selebriti kelahiran Singapura itu terdahulu gagal hadir pada sebutan pertama di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira jam 12:00 tengah hari.

Aliff yang diiringi tiga pengawal peribadi memakai pakaian serba hitam dan lengkap bersongkok kelihatan tenang berpimpin tangan dengan ibunya, Siti Hafizah Basharahil.

Sementara itu, Bella Astillah hadir bersama adiknya, Didi Astillah dan ibu, Siti Zarina Astillah.

Penyanyi lagu Tenang itu mengakui sudah penat dan kecewa dengan keputusan Aliff yang enggan melafazkan penceraian.

“Bella dah penat sebenarnya. Memang tak sangka dengan keputusan yang diberikan hari ini.

“Selebihnya saya serahkan kepada peguam kerana rasa sudah cukup dengan apa yang telah disampaikan semalam,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama meluahkan selama ini cuba menjaga rumah tangga agar tidak sampai ke peringkat berkenaan.

“Siapa yang tak sayangkan rumah tangga? Saya percaya tiada siapa yang kahwin hendak bercerai-berai. Ini kali kedua kami kembali ke mahkamah.

“Semua orang ingat Bella suka turun naik mahkamah failkan penceraian? Inilah perkara yang saya cuba jauhi bertahun-tahun,” katanya.

Baca juga: ‘Dia cari nak manja-manja, anak mummy yang kuat.’ Peluk erat Bella Astillah, aksi Mas Idayu undang sebak

Iklan

Baca juga: ‘Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.’ Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

Pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah terdahulu memfailkan penceraian secara ekspres pada awal Mac selepas suaminya, Aliff Aziz terlibat dalam kes khalwat bersama seorang pelakon wanita.

Bella, 29, dan Aliff, 33, mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Iklan

Pasangan itu pernah berpisah pada 16 Mei 2019 dan rujuk kembali ketika dalam tempoh iddah.

Sumber: Official HLive, HibGlam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!