PELAWAK Fad Bocey baharu menyambut anak kelima 11 Oktober lalu.

Sempena hari ketujuh kelahiran, isterinya, Syaheera Rahman mendedahkan jantina bayi mereka kepada follower di laman sosial.

Menitipkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata, ibu berusia 29 tahun itu turut berkongsi nama yang dipilih untuk si kecil.

“Sudah janji hari ketujuh untuk reveal gender. Walaupun 99 peratus teka Mommy pregnant girl tetapi ALLAH cakap kali ini rezeki untuk kami seorang lagi baby boy.

“Alhamdulillah syukur atas kurniaan rezeki ini. kenalkan anak kelima kami, Kahl Maleeq.

“Doakan anak ini semoga menjadi soleh dan patuh kepada perintah ALLAH. Banyak sebenarnya kisah-kisah atas pilihan nama kali ini. Semoga anak ni menjadi sebaik dan secantik namanya,” titip Syaheera.

Baca juga: Tahniah! Isteri selamat bersalin, Fad Bocey timang anak kelima

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi keterujaan empat cahaya mata, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 6, Nur Aminah Mishall, 5 serta Ibrahim Jibriel, 3, menyambut adik baharu.

Satu-satunya puteri Fad dan Syaheera, Aminah mengharapkan kelahiran bayi perempuan. Biarpun begitu, si kecil itu kini sangat menyayangi Kahl Maleeq.

“Aminah frust sebab bukan girl. First day dia menangis, kenapa bukan girl.

“Tiba-tiba baby menangis terus, Aminah terus fobia dan cakap kakak sayang adik juga walaupun adik boy. Sekarang dia happy sangat,” kongsi Syaheera.

Baca juga: Isteri hamil trimester ketiga, Fad Bocey bakal timang anak kelima. ‘Daddy kata lepas ni tutup kilang’

Syaheera bersama Aminah.

Mengimpikan anak ramai, graduan Teaching English as a Second Language (TESL)Management & Science University (MSU) itu pernah berseloroh kehamilan kelimanya adalah yang terakhir dan akan ‘tutup kilang.’

Namun dalam hantaran di laman sosial, Syaheera berkongsi akan terus menambah cahaya pada masa akan datang.

“Jangan risau Inah, mommy isytihar mommy akan pregnant anak keenam pula nanti. Thank you untuk semua ucapan dan doa buat keluarga kami, hanya ALLAH yang dapat membalas semuanya,” titip Syaheera.

Baca juga: Anak bukan beban, punca kita tak terurus.” Ibu ini dedah rahsia tetap tampil bergaya walau punya anak ramai!

Menjengah ke ruangan komen, warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan Kahl Maleeq.

Iklan

– “Masya-ALLAH tabarakallah, congratss @syaheeraarahman.”

– “Yeay, beranak lagi.”

– “Bestnya ramai bodyguard Aminah dan Mummy. Alhamdulillah tahniah Fad dan Sya.”

– “Aminah kena kepung nanti, standby bakal boyfriend Aminah.”

– “Tahniah @syaheeraarahman dan Fad. Selamat berpantang, semoga baby Maleeq menjadi anak yang soleh.”

Iklan

Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Sumber: Syaheera Rahman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!