UPACARA pemakaman pelakon Thailand, Tangmo Nida berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu.

Jasad aktres itu juga dijadualkan menjalani proses krematorium 14 Mac. Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini ibunya, Panida Siriyuthayothin mahu autopsi kedua dijalankan ke atas jasad Tangmo selepas tidak berpuas hati dengan autopsi kali pertama.

Peguamnya, Kritsana Sriboonpimsuay berkata dokumen telah diserahkan kepada penyiasat di Wilayah Polis Wilayah 1 bagi mereka membekukan mayat sebelum memindahkannya ke Institut Sains Forensik Pusat.

Baca juga: Keluarga Sedia Baju Terakhir, Jasad Tangmo Nida Tidak Benar Disolek Kerana…

 

KELUARGA RAGU AUTOPSI PERTAMA

Ia susulan keraguan keluarga mengenai luka pada mayat dan punca kematian mendiang.

Difahamkan keputusan bedah siasat kali kedua ini akan mengambil masa tidak kurang daripada 30 hari. Jasad pelakon itu akan disimpan di Hospital Universiti Thammasat sehingga selesai.

Terdahulu, rakan mendiang, pelakon Ekkapun Tide Bunluerit yang mendedahkan dalam sebuah rancangan TV bahawa muka Tangmo mungkin terkena objek keras kerana terdapat lebam pada sekeliling mata kanan. Malah beberapa batang gigi juga didakwa patah.

Tetapi pada 11 Mac, doktor di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis yang menjalankan bedah siasat berkata beliau mendapati tiada gigi patah.

Sementara itu, pemeriksaan pada tengkorak aktres itu tidak menemui sebarang tanda trauma daripada objek keras.

Bagaimanapun mayat aktres itu mempunyai beberapa luka terutamanya yang besar ditemui pada paha kanan.

Kredit foto: Bangkok Post

Baca juga: [VIDEO] Beritahu Sejuk, Tenggelam Bawah Jambatan, Benarkah Wanita Ini Dirasuk Roh Tangmo Nida?

Baca juga: Penyiasat Jenayah Terkemuka Thailand Tolak Dakwaan Saksi, Punca Kematian Aktres Thai Mencurigakan

RAKAMAN CCTV BARU DIPEROLEHI

Dalam pada itu, polis memperoleh rakaman yang dilaporkan menunjukkan seseorang berdiri dan duduk di belakang bot laju dipandu di sepanjang Sungai Chao Phraya sebelum pelakon itu terjatuh ke dalam sungai pada jam 10.34 malam.

Bagaimanapun, mereka tidak mengesahkan sama ada ia adalah pelakon itu sambil menambah siasatan lanjut diperlukan.

Iklan

Pesuruhjaya Wilayah Polis Wilayah 1, Jeneral Jirapat Phumuchit berkata semalam bahawa penyiasat telah memperoleh bukti baharu daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari bangunan di tepi Sungai Chao Phraya.

“Bukti ini berguna kerana ia akan membantu penyiasat mendapatkan lebih kejelasan mengenai kes ini,” katanya.

Beliau berkata polis akan meminta pakar daripada pihak produksi untuk membantu meningkatkan kejelasan rakaman dan memeriksa koordinat GPS bot.

Sementara itu Pengarah Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman, Pol Kol Songsak Raksaksakul berkata institut itu akan menubuhkan panel untuk menjalankan bedah siasat kedua mayat Tangmo seperti yang diminta oleh ibunya dan akan melibatkan pakar dari institut lain.

Direkodkan, Tangmo terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama empat rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.

Iklan

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh kira-kira 38 jam selepas kejadian.

Manakala saksi mendakwa mendiang duduk di bahagian paling belakang di dalam bot berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

Setakat ini, dua rakan bot Tangmo iaitu Tanupat Por Lerttaweewit dan Phaiboon Robert Trikanjananun telah didakwa kerana mengendalikan kapal tanpa lesen dan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.

Baca juga: #SiBibirMerah Kematian Tangmo Nida Disahkan Kemalangan, Timbul Spekulasi Dipaksa Lakukan Hubungan Intim

Baca juga: #SiBibirMerah Suspek mengaku bawa bot laju ‘bunuh’ Tangmo, VVIP menginap hotel berhampiran sungai jadi tanda tanya