Bakal tunai haji, Datin Alyah tarik diri bertanding di THSS .'Ramai excited tunggu saya nyanyi lagu K-Pop...'

A
A
A

PENYANYI terkenal, Datin Alyah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan menarik diri daripada bertanding di The Hardest Singing Show (THSS).

Rupa-rupanya, keputusan tersebut di ambil kerana empunya diri bakal berangkat ke Tanah Suci tunai haji pada 12 Jun depan.

Menurut isteri kesayangan Datuk Ramli MS itu, beliau terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini.

Baca ni Edisi Terbaik Alyah, sentiasa beradaptasi dengan perubahan di sekeliling

alyah

“16 Jun ini akan berangkat ke tanah suci kerana mendapat panggilan menunaikan haji tahun ini. Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterusnya mendapat Haji yang mabrur.

“Pada masa sama, saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja THSS dan semua yang terlibat, saya terpaksa undur diri daripada pertandingan ini," ujar pelantun lagu Kisah Hati itu lagi.

 

 

Pun masa sama, pemilik nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan itu menitipkan doa kepada peserta lain untuk meneruskan usaha dan melakukan yang terbaik dalam program berkenaan.

"Saya tahu ramai excited, kan. Nak tunggu saya macam mana suara saya menyanyi lagi K-Pop, kan. Jadi, saya wasiatkan persembahan ini kepada Nabil. Saya tahu balik nanti, nak tengok persembuhan tersebut," umum Alyah yang disambut dengan tepukan gemuruh para penonton. 

Pengumuman penarikan diri itu dilakukan sewaktu program berkenaan berlangsung secara live pada Ahad lalu.

Baca juga ‘Bila ALLAH tak bagi, jangan prejudis, jangan marah.’ Banyak dugaan nak tunai umrah, perkongsian Datin Alyah bikin sebak!

alyah 1

 

 

Penyanyi hebat tempatan

Sekadar makluman, program tersebut sudah memasuki minggu kedua dengan tema ‘Revolu-Sihat’. Alyah sepatutnya menyanyikan lagu I Am The Best yang dipopularkan oleh kumpulan kPop, 2NE1.

THSS adalah sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.

Baca lagi Jalani pembedahan bariatrik, ‘Saya buat bukan untuk cantik…’ – Alyah

Baca juga Semakin berahsia, ‘saya belajar daripada Tok Ram…’ – Alyah

datin alyah

Selain Alyah, peserta lain yang turut bertanding adalah Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, Stacy dan Ayda Jebat.

Program tersebut diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Cheras.

Sumber gambar: alyah81

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca