“Bayangkan ada dua tapi boleh hilang sekelip mata” – Selain Adira, Datuk Red dedah isteri pertama juga mohon cerai, nafi ada pakatan

A
A
A

SUAMI Adira Suhaimi, Datuk Red mendedahkan isteri pertamanya, Datin Red sudah memfailkan perceraian terhadap ahli perniagaan itu.

Ini bermakna Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan kini menerima permohonan cerai daripada kedua-dua isterinya.

Memetik laporan Astro Gempak, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan, 42, berkata keputusan kedua-dua isterinya itu untuk memfailkan perceraian bukanlah satu pakatan yang sudah dirancang tetapi ia berlaku secara kebetulan.

Baca juga: Sedar diri dan tahu kedudukan. 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu

Baca juga: Kembali aktif menyanyi. Follow with the flow. Adira Suhaimi tidak terfikir mahu beritahu anak konflik bersama suami

"Untuk keputusan ini (cerai) mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.

“Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi orang tak nampak," katanya.

Ujar bapa kepada 11 cahaya mata itu, beliau mengakui kesilapan dan berusaha mempertahankan perkahwinannya demi anak-anak.

“Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak sudah ramai.

“Jadi saya mahu pertahankan apa yang ada. Saya juga manusia lalai dan saya asyik minta maaf banyak kali tapi benda tetap berulang lagi (perpisahan). Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham,” katanya.

Baca juga: 4 kali bersalin czer, Adira Suhaimi bukan suka-suka ikat peranakan, 8 info wanita perlu tahu

Baca juga: Rupa-rupanya ini rahsia kulit putih gebu cara Adira Suhaimi. Tetap langsing dan cantik walau sudah punya 4 anak!

 

Sementara itu, Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) Datuk Red dan Adira menemui jalan buntu.

Ketika prosiding permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar bahawa Datuk Red tidak akan menceraikan Adira.

Namun Adira yang kekal dengan keputusan untuk berpisah.

Susulan itu, kes mereka akan diteruskan dengan lantikan hakam di mahkamah sama pada 24 April depan.

Baca juga; Jangan nak berbangga sangat kalau berpoligami jika diri tak berlaku adil kepada isteri-isteri!

Untuk rekod, Adira memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah ini pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan itu bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Datuk Red dan Datin Red atau nama penuhnya Datin Seri Syarifah Norshafila Hassim memiliki lima cahaya mata.

Sementara itu, Datuk Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Datuk Red juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Astro Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca