Jangan nak berbangga sangat kalau berpoligami kalau diri tak berlaku adil kepada isteri-isteri!

POLIGAMI! Perkataan itu biasanya membuatkan segelintir kaum Adam tersenyum walau dalam senyap-senyap.

Sementara, ramai wanita pula boleh terus berubah dan ‘menyinga’ walau yang berkahwin lagi itu bukan membabitkan suami mereka.

Fenomena yang berterusan sejak dahulu dan mungkin akan berkekalan pada masa akan datang barangkali disebabkan kesilapan para pengamal poligami itu sendiri.

Mereka bangga apabila memiliki lebih daripada seorang isteri. Namun, hakikat sebenarnya, lelaki tersebut gagal menjalankan fungsinya sebagai ketua keluarga dalam kehidupan berpoligami seperti menurut kehendak syariat.

Pada pandangan saya, realiti yang tepat, kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh kaum lelaki.

Baca ni Tak dapat anak terus poligami, Dr Say sekolahkan lelaki fikiran kolot. ‘60% lelaki Malaysia tidak subur’

poligami

Mengapa? Amalan beristeri lebih itu hadir dengan tanggungjawab yang amat besar.

Ia juga boleh menjadikan sang lelaki itu sebagai pendosa jika dengan sengaja cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Menurut Dr Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988): “Poligami adalah perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.

“Poligami juga bukanlah satu perkara yang wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil sehingga mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri-isteri yang dikahwini.”

Berdasarkan pandangan tersebut, nyata dan jelas bahawa poligami tidak sepatutnya dihebahkan atau ditularkan pun.

Baca lagi ‘Sedar diri dan tahu kedudukan.’ 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Secara asasnya, terdapat dua sebab utama kenapa poligami tidak perlu dicanang kepada masyarakat:

  1. Menimbulkan hasrat yang serupa kepada lelaki lain

Hebahan niat seseorang lelaki untuk berpoligami boleh menimbul atau menyemarakkan keinginan yang sama kepada kaum Adam lain.

Fitrah seorang lelaki pasti mempunyai kehendak untuk berpoligami sama ada pernah diluahkan atau dipendam.

Malangnya, tidak semua lelaki layak untuk berpoligami.

 

Seorang lelaki yang ingin berbuat demikian perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. a) Mampu menanggung nafkah isteri-isteri

Suami wajib menanggung nafkah isteri zahir dan batin, sama ada beliau mempunyai seorang isteri atau lebih.

Nafkah zahir yang dimaksudkan adalah makan, minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula adalah suami berkeupayaan dalam memberi layanan atas ranjang yang adil kepada semua isterinya.

  1. b) Berlaku adil kepada para isteri

Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih antara mereka.

Ia termasuk interaksi yang baik antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak.

ADIL

Sementara itu, keadilan wajib dijelmakan dalam beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

  1. i) Adil dalam menyediakan kediaman

Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami.

Baca lagiTiada istilah ‘payung emas’ untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelak perselisihan keluarga dan perasaan cemburu isteri lain.

Pengasingan bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri, bahkan dibolehkan juga menyediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.

Namun, dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam kediaman yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham dan akhirnya boleh melukakan perasaan masing-masing.

  1. ii) Adil dalam giliran bermalam

Suami wajib menentukan jumlah giliran bermalam yang adil antara isteri-isterinya tanpa mengira sama ada mereka ialah isteri muda, isteri tua dan sebagainya.

Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.

Di samping itu, keadilan dalam giliran bermalam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri.

Iklan

Ia boleh dilonggarkan apabila wujud kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut.

iii) Adil dalam musafir

Menurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian antara para isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang daripada mereka menemaninya bermusafir.

Baca lagi Suami mahu berpoligami tak perlu kebenaran isteri pertama? Ini penjelasan peguam

wedding

Dengan ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang patut mendapat hak pada masa musafirnya.

Berbeza keadaan jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri.

Sementara itu, peruntukan dalam Undang-Undang Keluarga Islam menyebut, seseorang hanya dibenarkan untuk berpoligami sekiranya:

Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, tidak layak dari aspek jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila.

Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk orang yang bakal ditanggung berikutan daripada perkahwinan yang baharu.

Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.

Iklan

Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan dharar syarie kepada isteri.

Baca lagi Abang Tesla pertama kali dedah wajah isteri muda, bawa 2 suri hati tunai umrah. ‘Our my first trip together’

Sumber gambar PEXELS

BOLEH MENYEBABKAN PERGADUHAN

Fitrah wanita adalah tidak dapat menerima perkongsian suami walaupun sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes yang ditonjolkan kepada umum seolah-olah menunjukkan kaum Hawa yang terlibat itu nampak seperti reda.

Para isteri sedia ada menyokong permohonan suami. Sokongan bukan bererti kerelaan sepenuhnya kerana sudah pasti ada sedikit rasa terluka apabila suami berhasrat ingin berpoligami.

Masyarakat sekeliling juga boleh berpandangan serong terhadap pemohon atau kepada isteri sedia ada yang biasanya dituduh punya kelemahan sehingga suami berhajat menikah lagi.

Sedangkan pada hakikatnya sang isteri telah sempurna selayaknya sebagai isteri. Situasi sebegitulah boleh menyebabkan rumah tangga yang tidak terlibat pun terpalit sama.

Berdasarkan alasan-alasan dan fakta-fakta diberikan itu adalah tidak wajar seseorang lelaki menghebahkan kepada umum tentang hasratnya untuk berpoligami.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang