BEAUTY with brains, itulah perkataan yang tepat buat puteri kepada pelakon era 80-an, Datin Maria Arshad.

Dalam perkembangan terbaru, anak bongsunya Nabilla Manissa Abdul Rahman selamat menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Psikologi, Curtin University, Perth, Australia.

“Tahniah buat anak bongsu saya, Nabilla yang telah berjaya menamatkan pengajian.

“Graduate with a Bachelor of Science Psychology. All the best for your future,” titipnya yang turut hadir meraikan Nabilla sempena graduasi.

Dalam pada itu, anak kepada Maria atau nama sebenarnya Kamariah Arshad menjadi perhatian ramai kerana kecantikannya.

Baca juga: ‘Beauty with brain’-Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

– “Alhamdulilah tahniah. Cantik anak Kak Maria.”

– “Cantiknya anak Datin, Macam Datin muda-muda dulu.”

– “Congrats. Beauty wth brains. Mewarisi sangat kejelitaan bondanya.”

– “Cantik, like mother like daughter.”

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Nona mendedahkan Maria kekal langsing dan jelita hingga kini kerana sangat berdisiplin dan tidak cepat putus asa.

Baca juga: Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

Menurut menantunya, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah, jelitawan ini mengamalkan berpuasa.

“Dia rajin berpuasa sampai sekarang. Puasa Isnin, Khamis, puasa hitam putih. Beliau memang rajin berpuasa.

Iklan

“Sembahyang lama, mungkin semua sembahyang beliau buat. Lepas makan setengah jam jangan duduk dan rajin memasak untuk menantu dan kawan-kawan,” titip Shiera.

Maria Arshad merupakan aktres popular pada pada era 1980-an, seangkatan dengan Noor Kumalasari, Rubiah Suparman dan Raja Noor Baizura.

Baca juga: Pernah tular dibaham kera ketika bayi, wanita kini doktor al-hafizah, genggam ijazah perubatan Al-Azhar

Perkahwinan pertama Maria dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari (Ijoy) dan Norazlina.

Manakala menerusi perkahwinan kedua dengan Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, Maria dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nabilla Manissa dan Natasha Munira.

Iklan

Abdul Rahman telah meninggal dunia pada bulan Julai 2022 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Baca juga: Suami pelakon 80-an Maria Arshad meninggal dunia

Sumber: Instagram citarasa.mariaarshad, Nona

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.