'Inilah pengorbanan mama abah.' Abby dedah rahsia anak-anak berkulit putih, nasihat jangan berhenti doakan ibu bapa

A
A
A

ANAK-anak pelakon Abby Abadi terkenal dengan kulit yang cerah selain memiliki rupa paras yang menawan.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, bekas bintang Gerak Khas itu memuat naik video memaparkan kemesraan antara beliau dan anak keduanya, Marissa.

Kelihatan gelagat Marissa mahu menutup mulut mamanya apabila ada individu bertanya mengenai kulit anak-anak yang putih.

Abby mendedahkan, anak-anaknya tidak bermain di bawah sinar matahari dan berada di ruang pendingin hawa.

"Orang depan mama tanya, kenapa anak-anak semua putih saja. Kita jawablah anak-anak saya tak main panas, duduk aircond 24/7.

"Nampak macam T20 sahaja duduk aircond 24 jam kan? Ha itulah dia. Pengorbanan mama dan abah yang anak-anak kena tahu.

Baca juga: 'Kalau rasa perlukan mama baliklah...' Luah Marissa lari & hilangkan diri, Abby Abadi berserah kepada ALLAH

Baca juga: 'Hanya yang berjiwa besar mampu memaafkan.' Momen Aslam & Marissa bertemu Abby raih perhatian, ramai titip doa

 

"Mama dan abah kerja keras demi mahukan anak-anak hidup selesa. Hidup macam orang kaya,walaupun...

"Apabila sudah sudah duduk sendiri (tinggal berasingan), ada anak-anak dan bayar (sendiri) itu dan ini, baru faham nanti." kongsinya.

Dalam pada itu, pemilik nama Arbaiyah binti Abdul Manan menasihatkan mereka yang bergelar anak tidak lupa mendoakan ibu bapa masing-masing.

"Jadi semua yang membaca ini termasuk anak-anak saya, jangan berhenti menitipkan doa.

"Semua orang boleh datang dan pergi tetapi ibu bapa dan adik-beradik terikat dengan ikatan darah. Semoga bersama hingga ke syurga ALLAH, aamiin," kongsinya.

Baca juga: 'Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat.' Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Baca juga: 'Anak buat hal, mak terpalit sama.' Luahan hati Abby Abadi dalam satu perkongsian bikin sebak!

Sebagai ibu, Abby bersyukur kemenjadian cahaya matanya termasuk anak tiri.

"Anak-anak dibawah jagaan saya ada enam orang. Anak suami pula ada tiga orang, jadi semuanya sembilan orang.

"Syukur Alhamdullillah. Nampak semua berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yabg baik, mendirikan solat dan menjaga aurat. Semoga ALLAH mudahkan semua urusan anak-anak ini dunia akhirat," kongsinya.

Dalam pada itu, Abby berkongsi pesanan buat diri sendiri agar memperbaiki diri menerusi ujian yang berlaku dalam kehidupan.

Baca juga: ‘Tak pernah sesaat lepas tangan.' Norman Hakim minta Abby Abadi bertenang , enggan kongsi masalah keluarga di media sosial

"Pesan untuk diri sendiri, kurangkan mencari salah orang. Sama-sama belajar dengan mengambil pengajaran daripada ujian orang lain agar mampu memilih untuk tidak melalui ujian yang sama.

"Banyakkan berdoa agar kita sentiasa dalam reda dan kasih sayang ALLAH. Yang baik jadikan tauladan manakala yang buruk jadikan sempadan ok," titip Abby.

Baca juga: Kulit tak glowing bukan sebab berpuasa, wajah kusam pun bukan faktor dapat kanser. Ini kata pakar

Baca juga: Nak kulit wajah cerah, amalkan petua ini. Guna nasi & daun pegaga, kisar jadikan masker. 100 peratus berkesan!

Abby terdahulu berkahwin dengan Norman Hakim pada tahun 2002 dan berpisah pada 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Pelakon Sembilu 2005 itu bertemu jodoh dengan Mohd Farhan pada 2013 namun bercerai setahun kemudian.

Pada tahun 2015, anggota kumpulan Elite itu berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria. Mereka memiliki tiga anak angkat yang dijaga sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca