PENYANYI era 80-an, Ibnor Riza, 62, kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan perkara itiu dimaklumkan isterinya, Sarimah Sulaiman menerusi laman sosial Facebook.

“Alhamdulillah, Ibnor Riza kini stabil, masih memerlukan bantuan pernafasan,” titipnya.

Terdahulu, penyanyi lagi Mimpi Tak Sudah dan Setiamu Tiada Lagi itu menjalani pembedahan bagi membuang lebihan air di kepala pada Sabtu.

Pembedahan yang dijalankan berjaya namun beliau ditidurkan dan memerlukan pemantauan rapi doktor serta tidak tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat.

Terdahulu, penyanyi itu mengalami demam selepas menjalani kimoterapi.

Mac lalu, Ibnor disahkan mengalami kanser limfoma yang menjadi punca mengapa lehernya membengkak.

Baca juga: Hidap kanser limfoma tahap 4, doktor ramal Ibnor Riza ada enam bulan untuk hidup

Baca juga: Jantung tidak stabil, Ibnor Riza tangguh pembedahan

Baca juga: Penyakit datang serentak, Ibnor Riza berdepan ujian berat

Iklan

Sebelum ini, Ibnor dilaporkan mengalami kompilasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) HPD, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya.

Susulan tonggak keluarga jatuh sakit, punca pendapatan famili penyanyi terjejas.

Sama-sama kita doakan agar Ibnor kembali pulih dan sihat semula.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!