PERKAHWINAN pelakon dan pengarah Sabri Yunus dengan artis komedi Ardini Angeline Tan 14 Oktober lalu terus diraikan. Selepas resepsi di Lembah Klang, tiba masanya pasangan itu diraikan di negeri kelahiran Sabri di Kelantan.

Dalam acara ‘bekwoh’ adalah perkataan dialek Kelantan yang membawa bermaksud kenduri. Majlis unik bertemakan era 70-an yang berlangsung di Akademi Nik Rashiddin, Bachok, Kelantan itu digerakkan sahabatnya iaitu pelakon Mustapha Kamal dan Sir Mat Ali.

Baca juga: ’32 tahun kenal, abang beri masa yang cukup untuk buat keputusan.’ – Angeline Tan

Baca juga: ‘Dia insan yang saya kagumi.’- Angeline Tan dedah bagaimana terbuka hati terima Sabri Yunus, kenal 3 tahun baru melamar

Difahamkan, majlis berkenaan turut yang diserikan dengan kehadiran para pemimpin negeri berkenaan termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Panglima Perang Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Sabri menerusi hantaran di Facebook menitipkan penghargaan buat mereka yang terlibat.

Baca juga: Indahnya maksud Ardini, Sabri Yunus pilih nama untuk Angeline Tan tak sampai 2 minit

Baca juga: ‘ALLAH tidak pernah mengabaikan sesiapa pun’ – Angeline Tan

“Alhamdulillah, foto-foto yang menarik. Semoga semuanya menjadi kenangan kepada yang terlibat dalam satu peristiwa sejarah ini. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu saya ucapkan. Idea yang dicetuskan pada malam resepsi di Hotel Barakah Ampang pada bulan Oktober.

Baca juga: Keluarga Ardini Angeline Tan terbuka anak peluk Islam, terima Sabri Yunus. ‘Hari pertama jumpa dah bawa balik jantung pisang’

Baca juga: ‘Abang Sabri ialah ustaz saya.’ Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

“Terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Panglima Perang dan Exco Kebudayaan dan Pelancongan.

“Tidak lupa ahli parlimen Pantai Irama dan 25 orang penghulu serta isteri atas usaha ini. Terima kasih juga buat isteri arwah Nik Rashidin, pemilik Akademi Nik Rashidin yang sangat membantu dan jurufoto terbaik Kelantan.

“Selama tiga bulan kerja keras untuk sejarah ini. Semoga ada manfaat bersama,”titip Sabri.

Baca juga: ‘Indah perjalanan ALLAH atur’, Angeline Tan & suami tunai umrah ramai titip doa

Baca juga: Angeline Tan sebak berdoa depan Kaabah, Sabri Yunus kongsi momen istimewa. ‘Air matamu, air mataku jua’

Iklan

Menepati tema penganjuran majlis di Kelantan pada era 70-an, hiasan dan reka letak ruang acara di rias menggunakan elemen retro.

Pasangan mempelai raja yang memakai sepersalinan busana merah diarak dengan bunga manggar sekali gus memeriahkan majlis.

Terdahulu, Sabri dan Angeline atau nama Islamnya Ardini disatukan dalam satu majlis akad nikah di Perlis.Sahabat baik selama 32 tahun selepas sama-sama membintangi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 90-an.

Angeline atau nama Islamnya Ardini dan Sabri dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.

Iklan

Baca juga: Selamat Pengantin Baharu. Sabri Yunus kini sah suami Angeline Tan

Baca juga: Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

Sumber: Facebook Sabri Yunus, Akademi Nik Rashiddin, Marc Fadli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!