PELAKON Sharifah Sakinah mengesahkan perkahwinannya dengan juruterbang, Aliff Adha sudah berakhir secara rasmi pada Mei lalu selepas dua bulan tidak tinggal sebumbung.

Menafikan keretakan rumah tangga yang dibina sejak 28 Mac 2018 itu akibat orang ketiga, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, menyifatkan dia bukan seorang isteri yang baik.

“Saya sedar banyak kekurangan pada diri dan tidak boleh menjadi isteri yang baik untuknya,

“Kami berpisah secara baik pada Mei lalu. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira anak kami, Anais Adha (tiga tahun). Ia bukan sebab orang ketiga,” katanya.

SAKINAH DAN ALIFF
Sakinah dan Aliff berpisah secara baik, demi kebaikan anak tunggal mereka, Anais Adha yang berusia tiga tahun.
Gambar kanan : Foto kenangan Sakinah dan Aliff.

Spekulasi mengenai rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas Aliff dikatakan menggunakan aplikasi mencari pasangan di Internet tersebar.

Bukan itu sahaja, Sakinah juga sudah lama tidak berkongsi gambar mereka berdua di media sosial.

Tidak mahu masuk campur, adik kepada pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira itu mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu.

Iklan

“Berkenaan hal dia menggunakan aplikasi ‘dating’, itu haknya. Saya tak mahu masuk campur dan dia bebas buat apa dia nak. Biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itulah yang sebaik-baiknya,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Iklan