BERMULA dengan berpakaian longgar, pelakon Erynne Erynna kini tampil bertudung.

Empunya nama Syazlynne Erynne Abdullah, 25, menerusi hantaran di Instagram berkongsi video beliau memakai hijab hitam yang digayakan bersama seluar denim longgar, baju-T dan jaket.

Pelakon berbakat yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) itu menyatakan sedang dalam fasa menyesuaikan diri berhijab.

Baca juga: Kahwin dalam usia muda bukan perkara mudah – Erynne Erynna

“Hanya mencuba buat masa sekarang. Slowly but surely, insya-ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Cinta, Congkak dan Damping Malam itu terharu sokongan diterima pengikutnya di Instagram.

“Allahuakbar. Ramai sungguh yang mendoakan yang baik untuk Erynne bukan sahaja pada hantaran ini tetapi dalam semua hantaran yang lain. Subhanallah. Semoga ALLAH merahmati anda semua dunia dan akhirat akhirat, amin. Saya bersyukur, alhamdulillah,” ujarnya.

Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan bernama Medinah itu turut menyatakan akan berusaha untuk melakukannya secara berterusan dan berharap untuk bertudung dengan sempurna pada masa akan datang.

Baca juga: “Dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah” – Oktovia Manrose

“Erynne sayang pada semua. Terima kasih. Untuk menjelaskan Erynne mula bertudung penuh bermula daripada hantaran ini.

“Sebelum ini cuma dengan niat untuk cuba sentiasa istiqamah. Mula dengan memakai baju yang longgar dan insya-ALLAH mana tahu selepas itu bertudung dengan sempurna pula kan? Tolong doakan Erynne ya, Erynne turut doakan segala kebaikan buat semua. Semoga Allah merahmati, membimbing dan mengurniakan kita jannah, insya-ALLAH,” katanya.

Warga maya memuji penampilan Erynne dan mendoakan agar wanita itu istiqamah. Ujar mereka:

-”Masya-ALLAH cantik, semoga terus istiqamah.”

Iklan

-”Sudah cantik, pakai tudung bertambah cantik.”

-”Walaupun berhijab tidak nampak seperti ibu, muda seperti pelajar sekolah menengah.”

-”Alhamdulillah. Semoga istiqamah, Erynne..”

-”Awal sentiasa berpakaian longgar dan cantik. Tambah lagi dengan tudung bertambah manis. Semoga Allah permudahkan perjalanan awak!”

Iklan

Baca juga: “Sungguh istimewa, beliau melakukannya kerana ALLAH”- Sonny Williams luah gembira isteri berhijab

Sumber: Instagram erynneerynna

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi