PEMERGIAN ibu penyanyi, Khai Bahar meruntun hati ramai. Jenazah ibunya, Rosnah Muhammad, 62, selamat dikebumikan namun Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 30, terkilan kerana tidak berada di sisi permaisuri hatinya saat menghembuskan nafas terakhir.

Kata Khai, ketika mendapat tahu berita duka itu dia berada di Pulau Langkawi.

Menceritakan detik kepulangan ke Perlis dalam kegelapan malam, pelantun lagu Bayang itu sayu seolah-olah ibunya berada di rumah.

“Terima kasih sebab mendoakan arwah mak saya, rasa terkilan tak sempat tatap wajah mak kali terakhir, baru minggu lepas balik jumpa dan sambut b irthday mak.

“Tak sangka mak dah tak ada, malah adik, kakak dan abang yang jaga mak hari-hari di rumah pun tak sangka yang mak akan pergi sekelip mata.

“Sewaktu adik telefon, saya baru nak makan. Bila dapat tahu mak dah tak ada, terus rasa dunia gelap gelita, seolah-olah sedang bermimpi.

“Kawan-kawan cuba tenangkan saya dan saya sedaya-upaya cari jalan untuk pulang ke Kangar dari Pulau Langkawi,” kongsinya.

Baca juga: Khai Bahar guna wang simpanan sebagai modal perniagaan

Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

“Dalam perjalanan naik bot, cuaca cantik sangat, bulan, bintang terang, langit cerah. Hati rasa sayu seolah-olah mak sedang tunggu saya di rumah,” luahnya.

Khai berkata, dia bersyukur perjalanan pulang ke kampung halaman dipermudahkan dan tiba lebih kurang jam 2 pagi.

Mengimbas kembali detik akhir pemergian ibunya, Khai memberitahu arwah sempat meminta air daripada kakaknya.

Selepas memberikan air yang diminta, kakaknya naik ke tingkat atas untuk melihat anak-anak dan turun semula tidak sampai 15 minit kemudian.

“Tak sampai 15 minit kakak turun dan nampak mak seolah-olah sedang tidur, kakak cuba kejutkan mak bangun untuk minum.

“Mak tak bergerak dan kakak cuba untuk kejutkan lagi.

Baca juga: ‘Mak…’ Ibu meninggal dunia, Khai Bahar titip luahan pilu

Iklan

Baca juga: Alami anxiety, Khai Bahar pernah dengar bisikan cedera diri sendiri. ‘Semua pisau kena sembunyi’

“Berkali-kali kejut masih tak bangun, kakak panggil adik turun untuk bantu kejut mak, mak masih tak bangun dan tak bergerak.

“Adik cuba pegang nadi mak, nadi mak tak berdenyut dan terus call ambulans,” katanya yang bersyukur kerana sempat berbakti kepada ibunya walaupun hanya untuk seketika,” katanya.

Terdahulu, pengurus Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin berkongsi berita pemergian ibu penyanyi itu melalui Instagram Story.

Iklan

Allahyarham meninggal dunia pada jam 10.40 malam di Perlis dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan: Aqmar Mustaza)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!